Peluang melanjutkan pelajaran di UniKL
Dah banyak status FB dan TT yang saya kongsi mengenai UniKL. Saya tidak dibayar oleh mereka, malah tidak dilantik oleh mereka untuk sebarang kerjasama. Tetapi, saya berkongsi atas nama peluang pendidikan untuk bumiputera yang jarang diketahui orang.
Ya, UniKL ini menguasai pelbagai bidang pendidikan. Kalau perubatan ada Royal College of Medicine Perak (RCMP) Kalau nak belajar dengan tajaan, boleh mohon Young Talent Program bawah MARA. Satu setahun belajar dalam program persediaan di Kolej MARA Kulim dan seterusnya berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda perubatan atau farmasi di RCMP.
Kalau nak aviation, mereka UniKL MIAT. Aviation and Aircraft Maintenance Technology.
Kalau nak perkapalan, mereka ada UniKL MIMET. Marine Engineering Technology.
Dan banyak lagi bidang teknikal seperti akaun, kejuruteraan, teknologi maklumat, bioengineering dan lain-lain yang mereka ada.
Apa yang paling best mengenai UniKL ini ialah, kita akan ditawarkan pinjaman boleh ubah.
Kenapa saya kata pinjaman boleh ubah MARA ini sangat membantu?
Tak dinafikan, yuran UniKL ni agak mahal. Maklumlah GLU. Tawaran pinjaman MARA pula boleh pergi sampai RM100k. Tapi tak semua pinjaman itu hanya untuk bayaran yuran sahaja, ya.
Secara purata, yuran program sarjana muda di UniKL ni sebanyak RM7,500.00 per semester. RM7,500.00 x 8 semester = RM60 ribu.
Pinjaman RM100 ribu tu sebenarnya dah termasuk elaun sara hidup (ESH), tahu.
Semua ibu bapa dapat ke?
Sekiranya ibu bapa pelajar berpendapatan bulanan di bawah RM12k, pelajar layak mendapat pinjaman yuran pengajian dan ESH sebanyak RM800 sebulan (program bachelor) atau RM730 sebulan (diploma). Jika pendapatan melebihi RM12k sebulan, masih boleh diambil kira pendapatan bercukai tahun dibawah RM150k.
Untuk pelajar yang ibu bapa berpendapatan melebihi RM12k sehingga RM20k atau pendapatan bercukai melebihi RM150k hingga RM250k, mereka layak menerima pinjaman yuran pengajian saja tanpa ESH.
ESH -RM800 x 48 bulan = RM38,400
Yuran - RM7,500.00 x 8 semester = RM60 ribu
Jumlah = RM98,400
Itu tak masuk lagi, elaun buku RM600 x 4 tahun = RM2400
Siap ada elaun kertas projek, tahu. RM150.
Berapa jumlah semua?
RM100,950.00
Banyak gila hutang.
Sabarrrrrrrr.
Kita tengok pula berapa bayaran balik yang MARA minta.
CGPA 3.50 - 4.00 (10%) = RM10,095.00
CGPA 3.00 - 3.49 (15%) = RM15,142.50
CGPA 2.00 ke atas (20%) = RM20,190.00
Amacam? Untung ke untung?
Saya bukanlah sesiapa. Malah, UniKL tak bayar saya 1 sen pun promosi universiti mereka. Tetapi saya nak kongsi peluang yang ada. Terutamanya untuk bumiputera.
Ibu ayah.
Kalau anak dapat elaun sara hidup RM800 sebulan, guna pula secara berhemah, silap-silap, mereka siap boleh kirim barang seratus dua untuk bantu mak ayah di rumah.
Lagipun, bayaran balik tu bukan mak ayah yang bayar. Anak-anak dah kerja, kan? Biarlah dia orang pula yang bayar.
Ramai yang cakap, "saya tak boleh ambil pinjaman sebab mak ayah miskin."
Eh, mak ayah miskinlah kena ambil pinjaman. Ingat senang ke nak dapat biasiswa. Bila dah dapat pinjaman boleh ubah, anaklah bayar sendiri. banyak cantik kalau nak susahkan mak ayah lagi. Haha.
Peluang dan ruang sudah dibuka. Sekarang terpulanglah nak pilih yang mana.
UPU mohon, IPG mohon, Matrikulasi mohon, IPMA mohon, UniKL pun mohon. Lain-lain pun mohon juga.
Mana dapat nanti. Istikharahlah. Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik.
Nak tahu lebih lanjut mengenai UniKL, boleh follow rapat-rapat Puan Fara Hamidi.
Begitulah.
11 Comments
Anak saya adalah penerima elaun MARA dan Loan MARA dari KPTM ke UPTM..... Diploma 3.65 dan berdoa agar Degree pun more than CGPA 3.5........ kurang sikit lah nanti dia bayar.......
ReplyDeletebetul tu Abam Kie yg penting kena skor maintain CGPA & boleh dpt pengurangan bayaran
ReplyDeleteNampaknya kena cari duit dari sekarang
ReplyDeletebagus tawaran MARA..ada dengar kalau dapat result 1st class, boleh convert ke biasiswa..wallahua'lam...bidang teknikal yg ditawarkan oleh UniKL seperti aircraft, perkapalan..mmg menarik..
ReplyDeleteuniKL bawah MARA antara IPTA juga xmusykil pelajar2 nk mohon masuk
ReplyDeleteTerima kasih untuk semua perkongsian ni AK.
ReplyDeleteUnikl ni banyak cawangan dia dan ikut jurusan masing2.
ReplyDeleteNice sharing =D
ReplyDeletePinjaman yang baik ialah pendidikan dan perniagaan...tapi pendidikan lebih menguntungkan pemimjam sebenarnya
ReplyDeletebesar modal belajar swasta ni
ReplyDeletebukan murah ye sekarang semuanya...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.