Skandal Kawan Sekerja
Saya banyak lompat kerja, paling macam-macam kerja dah dibuat. Rata-rata bila tanya bab skandal ini banyak bermula dari tempat kerja.
1. PUNCA dan kejadian kisah skandal di tempat kerja ni berlaku di mana-mana. Kerja kilang, kerja bahagian office, kerja sales dan banyak lagi lah. Malah di tempat saya bekerja dahulu pun ada beberapa siri berskandal juga.
2. Ada yang pengakhiran jadi isteri kedua, ada juga sanggup jadi simpanan dan meranapkan kebahagiaan orang lain.
3. Yakinlah bahawa , kebanyakannya kalau kita selidik bukan nawaitu nak curang pun. Oklah, cakap direct lah ramai bermula dengan ayat “alah rilex lah, kawan kerja jelah itupun nak jeles ke”. Kadang akan keluar ayat biasa “dia tu dah isteri orang pun, beranak pinak dah” atau “eh dia tu suami orang lah. Tak hadaplah sis”. Nampak simple tapi dari ayat-ayat yang stereotype inilah akhirnya membunuh sebuah kepercayaan. Kenapa?
4. Mula dengan acah-acah gurau tapi berunsur manja gitu. Kemudian mula pula berkongsi masalah rumahtangga masing-masing. Yang suami mula rasa isteri di rumah tak sekepala. Sibuk layan anak sahaja dan dan tiada masa bermanja. Rasa isteri dah tak lagi bagi layanan mesra macam awal kahwin dulu. Itu jam isteri membebel sikit pun dah rasa meluat.
5. Di pihak perempuan pun mula kongsi isu di rumah dia juga. Rasa suami sibuk sangat kerja. Balik rumah tapi sang suami pulang lewat malam. Babak kesepian bermula. Mula penat urus rumah seorang.
6. Semudah itu sahaja asalnya. Bercerita. Tiada siapa syak pun. Atas sebab satu pejabat atau sama tempat kerja pula, akan mula rasa yang kawan berlainan jantina itu tadi lebih ‘memahami’ sebab kononnya ‘si dia’ terus dapat tangkap apa inti bicara. Sebahasa.
7. Inilah yang orang panggil 'PUNCA'. Dalam diam syaitan level internship mula masuk jarum. Rumahtangga yang halal mula panas macam haram rasanya, padahal yang itulah syurga dunia. Kalau syaitan level CEO lagi kuat hasutan dia bisik bangkitkan berahi, itu jam lupa dah mana pangkuan keluarga. Kalau yang buat skandal tu sendiri perangai serupa syaitan, lagi mudah kerja SETAN.
8. Jadi, jangan mudah beramah mesra . Berkawan seadanya. Tak payah lebih-lebih. Sederhana. Islam dah ajar, jangan hampiri zina. Toksah layan dah lawak bodoh malam jumaat. Dangkal sangat lawak jimak malam jumaat tu. Hilang dah malu, hilang dah sensitiviti.
9. Sebelah perempuan, jangan terhegeh nak cerita masalah kat lelaki. Tak kisah la awak tu single ke isteri orang ke. Gaduh dengan boyfriend pun, kalau sudi nak kahwin dua pun jadilah lelaki sejati pinang berdepan. Nabi cuma ajar kebenaran islam berpoligami tapi nabi tak ajar pulak sebelum kahwin dua kena ada skandal. Cerita dalam group perempuan sekadarnya sahaja cukuplah.
10. Sebelah lelaki, boleh dah stop 'adjust' melayan sangat orang perempuan modal air mata sedih kononnya semua masalah dunia ini dia seorang yang hadap. Set garis terhad masing-masing. Ingat isteri dan anak-anak dirumah. Isteri tu penat, semua dia urus. Kalau nak isteri cantik, invest lah belikan set spa dan makeup. Nak isteri nampak presentable, beli la baju ke perfume wangi ke. Nak isteri tak membebel, ringankan tulang tu bantu kerja rumah apa yang patut.
11. Sebenarnya tanggungjawab itu atas bahu sendiri. Jangan bila dah terhantuk, tuding jari pihak sana pihak sini. Namun begitu, memang tak dinafikan, inilah namanya UJIAN hidup berumahtangga.
Ingat satu hal yang mudah, esok anak kita besar kita pun nak tengok mereka bahagia dengan pasangan mereka. Jadi bermulalah dengan kita ni sebagai imam. Tak jadi imam, jadi Da'ie pun elok juga.
Sekian,
Semoga memberi manfaat
Perkongsian Azizul Zairi
7 Comments
Semoga dijauhkan dari kita dan pasangan kita perangai ni, Abamkie
ReplyDeleteNice sharing abam kie...Tetaplah dgn nawaitu dtg keje..Betulkn niat dtg keje...Yg penting..Suami org jgn dengar masalah rumahtangga kawan perempuan. Isteri org, jgn dengar masalah rumahtangga kawan lelaki.
ReplyDeletetu lah zaman skrg masing-masing kena jaga diri
ReplyDeletexde kawan sekerja dah..hehe
ReplyDeleteSaya tak ada rakan sekerja cuma ada bos je kat office. Bos pun lebih muda dan insyaallah walaupun kami berlainan agama we know our limit. Dah hampir 5 tahun bekerja hanya berdua. Yg penting jangan memula, dan sekiranya salah sorang mulakan yg sorang lagi janganlah sambut. Gitu je konsepnya
ReplyDeletemula2 keje dulu sy agak terbuka. tp bla dah faham.politik opis ni... laa ni sy akan ckp psl kerja je. baik dgn lelaki or perempuan. hal2 peribadi mmg sy x kn buka mulut melainkan ada yg tanya baru sy jwb. kalau sesaja buka mulut tu... mmg x laa.. kata saidina ali, lagi byk ckp.lg byk pula dosanya nnt...
ReplyDeletemohon dijauhkan...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.