AC Tetap Hidup 24 Jam? Ini Tricknya yang Perlu Anda Tahu. Wajib Baca bagi Pengguna AC

8 Rahsia Mengenai Penggunaan AC yang Perlu Anda Ketahui

1. Suhu 26℃ dari AC adalah Suhu yang Paling Sesuai, Selesa dan Tidak Menyebabkan Penyakit
 
Walaupun tubuh manusia mampu menyesuaikan suhu badan, tetapi kemampuan tersebut ada hadnya. Jika suhu luar dan dalam bilik terlalu berbeza, anda boleh mudah jatuh sakit. Suhu 26℃ adalah suhu dalam bilik yang paling sesuai, dan suhu ini juga paling menjimatkan elektrik AC anda.

2. Semasa Udara Terlalu Panas dan Lembap, Ubah Mod AC kepada "Dry"
 
Semasa musim hujan, udara akan terasa lebih panas dan lembap. Pada masa ini, anda harus menukar mod AC dari "cool" kepada "dry". Mod "dry" ini bukan sahaja boleh menyerap udara lembap, tetapi juga membantu anda jimat banyak elektrik! Apabila anda menyalakan mod "cool", kipas AC akan terus berputar laju sehingga suhu bilik sejuk, ini sangat membazir elektrik. Tetapi apabila anda menyalakan mod "dry", kipas AC akan berputar dengan lebih perlahan dan stabil, jadi elektrik yang digunakan juga lebih jimat.

3. Selepas 3 Jam Menyalakan AC, Buka Tingkap
 
Ramai orang tidak tahu perkara penting ini. Jika AC telah menyala dalam bilik tertutup selama 3 jam, udara di dalam sudah tidak segar lagi. Jika dalam 6 jam tidak ada penggantian udara, udara dalam bilik tersebut sudah sangat tercemar. Pencemaran udara ini sangat boleh mempengaruhi kesihatan. Jika anda sering mengalami masalah pernafasan, selesema, pening dan suka berada dalam bilik ber-AC yang tertutup, maka anda sudah harus perhatikan perkara ini. Sebaiknya buka tingkap setiap 3 jam menyalakan AC.

4. Arah Mulut AC Harus ke Atas
 
Apabila menyalakan AC, tetapkan arah mulut AC ke atas. Ini akan membuatkan angin AC dapat memenuhi bilik dengan lebih cepat dan stabil.

5. Tidur Mengiring Semasa AC Menyala
 
Tidur terlentang di bawah angin AC boleh membuatkan mulut kering dan angin AC yang langsung meniup ke tubuh sangatlah tidak baik untuk kesihatan. Doktor Li dari Taiwan mengatakan, sebaiknya tidur mengiring jika buka AC, ini dapat mencegah anda bernafas dengan membuka mulut dan membuat aliran udara lebih stabil.

6. Buka AC Dahulu, Baru Tutup Tingkap
 
Perkara penting yang perlu diperhatikan apabila menyalakan AC adalah langkah-langkahnya: Anda harus masuk bilik dahulu, buka AC, kemudian tutup tingkap. Tujuan buka AC dahulu adalah untuk membiarkan udara kotor dalam AC keluar terlebih dahulu. Selepas AC berputar beberapa saat, baru tutup tingkap.

7. Jika Anda Hanya Ingin Meninggalkan Bilik untuk Sebentar, Sebaiknya Tidak Perlu Matikan AC
 
Ramai orang, kerana ingin berjimat, mereka selalu mematikan AC apabila keluar sebentar, kemudian menyalakan AC semula apabila sampai rumah. Padahal cara ini sebenarnya membuat anda lebih boros dan tidak baik untuk mesin AC. AC yang terlalu kerap dibuka tutup boleh membuat mesin "kelabakan" dan akhirnya rosak. Apabila anda menyalakan AC, daya elektrik yang digunakan mencapai 500-1000 watt, ini boleh sangat membazir elektrik! Jika anda hanya keluar dalam masa singkat, misalnya 1 jam, lebih baik tidak mematikan AC. Ini sebenarnya membuat anda lebih jimat.

8. Semasa Masuk Bilik, Jangan Tergesa-Gesa Menyalakan AC
 
Ramai orang, apabila masuk bilik panas, pasti terus menyalakan AC. Jika anda masuk dari luar yang bersuhu sangat tinggi, dan terus menyalakan AC dengan suhu rendah, tubuh anda tidak sempat menyesuaikan diri dan menyebabkan tekanan darah anda melonjak tinggi dalam sekelip mata. Ini sangat tidak baik, terutama bagi orang yang lemah jantung. Apabila memasuki bilik, jangan terlalu tergesa-gesa menyalakan AC. Tunggu dahulu sehingga suhu tubuh anda mula menyesuaikan diri, baru nyalakan AC.
 
Semoga bermanfaat. Sekian. Terima kasih.