Jangan kerja terlalu lama di pejabat
JANGAN KERJA LEBIH MASA DI PEJABAT?
1. Ada orang kagum kerana tidak pernah habiskan cuti tahunannya. Setiap tahun cuti tahunannya berbaki banyak sekali.
2. Ada orang berbangga, dia balik paling lewat kerja. Kunci pejabat dia pegang punya.
3. Ada orang berbangga tidak pernah ambil cuti sakit. Doktor nak beri cuti, katanya client sedang menunggu proposalnya.
Kawan,
4. Bekerja adalah proses yang tidak pernah habis, tidak akan selesai.
5. Tumpuan pada kerja penting, tetapi tumpuan pada keluarga lebih utama.
6. Jika kita sakit atau kecewa, bukan bos, client dan majikan akan bantu kita. Tetapi keluarga akan menjaga dan merawat kita.
7. Hidup ini bukan soal kerja, majikan, bos, client dan KPI sahaja.
Kita juga perlu bersosial, berkawan, minum dan jalan petang dengan keluarga dan kawan kawan.
8. Jika majikan selalu suruh kita kerja lebih masa. Boleh jadi kita yang tak bijak urus masa, kurang efektif dan tidak produktif
9. Sayangi kerja kita, tetapi jangan cintai majikan kita kerana kita tak akan pernah tahu bila majikan tak perlukan kita lagi.
Kerja itu ibadah
Kredit: Azizul Azli Ahmad
15 Comments
dulu sy x kisah x berkira kalau blk lmbt... tp lama2 sy fikir semua ni x adil utk sy...sy buat ikut kemampuan. x lbh x kurang
ReplyDeleteAlhamdulillah saya diberi rezeki masuk pejabat sekali dua sahaja seminggu.. kalau kata kena tukar keje masuk ofis hari hari.. tak leh fikir dah cane huhuu
ReplyDeleteBetul saya sokong. Saya selalu cakap dengan staff kat ofis supaya balik awal..6.30 tu dah lewat sangat..
ReplyDeleteTetapi mereka cakap boleh siapkan kerja yang tertangguh kalau balik lewat sebab tiada gangguan. Entahlah..
Betul..keja ni sampai bila pun x abis. Kena pandai uruskan nya... and x perlu nak tunjuk rajin sgt... berpada2 je...
ReplyDeletedulu saya No. 2 tu...pegang kunci office...sekrg balik lmbat sbb tak nak stress dlm jem..
ReplyDeleteSy blk ON TIME =D
ReplyDeletePerit tapi benar
ReplyDeleteMoga dipermudah kan semua kerja dan urusan kita semua.
ReplyDeletePejabat wak kat kebun
ReplyDeletekerusi meja pun takde
Kita punctual, pukul 4.30 dah goyang kepala lutut nak balik, haha.
ReplyDeletebetul tu ~ tapi sy yg jenis kerja sendiri ni sampai tido kat office haha
ReplyDeleteMcm sy ikut shift
ReplyDeleteMinggu depan pukul 8.30-5.30
Kalau shift pukul 7 balik pukul 4 pm.
Hari khamis budak budak balik awal.
gonna keep this advice for my future hehe! thank u cikgu!
ReplyDeleteSaya kerja on time dan perlu selesai tugasan dalam waktu bekerja ...kalau tak buat macam tu...rasa rugi kerana tidak produktif
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan yg berkerja.... Aamiinn
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.