Kenapa sukarnya menjaga anak-anak pada zaman ini?
TRUE INDEED !!
Tu pasai mental mak² sekarang cepat koyak ...
Contoh macam sy semalam , Tiba2 rasa penat yg amat .. Tak tau apa yg dipenatkan tapi mmg rasa penat yakmat ..
Last2 meraung sendirian di bilik ayaq ..
KENAPA MAK DULU BOLEH JAGA 10 ANAK, MAK SEKARANG ANAK BARU 2 3 4 DAH KECOH ?
Tu kena faham dulu sebelum keluarkan statement yang bukan², aku paling anti kalau keluaq kenyataan ni.
'Eleh, makcik dulu anak ramai boleh ja jaga, hg baru dua tiga dah macam tak cukup tangan ? Hmmmm ... dalam sedar tak sedar, zaman dulu dan zaman sekarang sangat berbeza yaaa ...
Zaman aku kecik² dulu .. umur 5 - 6 taun camtu, kita sangat bebas ke sana sini.... Naik gerekkk masuk kebun getah cari buah getah nak main congkak .. Kadang round satu kampung dengan anak² jiran dgn abg kakak adik .. Keluar selepas asaq, sebelum Maghrib balik nak pi mengaji plak .. syioq pi kayoq geqekk ..
Keluaq main dengan anak jiran laki main lawan laqi, main masak², main kawin² seronok! Balik rumah penat, makan² tdoq sendiri .. Mak buat kerja rumah di rumah, bapak pi dan balik kerja dengan senang hati .. Kenapa mak boleh jaga sepuluh anak? Sebab anak-anak tak buat sepah dalam rumah .. Anak-anak tak bergaduh dalam rumah. Anak keluar main dengan jiran kampung sebelah! Mak tak gaduh risau .. Mak tak pernah susah² dan resah dah .Sebab dia tau, anak penat main, satgi letih balik makan tdoq teruih .. Anak pompuan dia main dengan anak lelaki jiran? Mak tak payah risau dah, sebab anak perempuan dan anak jiran memang main semata-mata .. tadak lebih2 ..
Dulu kedai runcit banyak dekat kawasan rumah. Mak bagi RM10 pastu bagi list barang, kami kayuh geqek pi kedai tunjuk list hat mak bagi .. orang kedai bagi barang .. Harga pun harga betui, kadang siap bagi free bawang merah lebih la cekelat la .. Mak senang ada pembantu. Tak payah mak susah-susah nak pergi kedai .. Zaman sekolah pun best. Pagi bapak hantar, balik pandai balik sendiri ja .. umah dekat dgn sekolah .. Hidup tenang. Senang. Sedar-sedar 10 orang anak mak dah besar .. Tapi itu zaman mak dulu. Zaman mak sekarang dah lain..
Sekarang anak nak keluar main sendiri depan rumah pon risau sangat. qeta banyak, motor banyak, takut oqg colek la, bergaduh la. Mak ni sibuk nak masak lagi, nak kesah umah lagi, maka terpaksa suruh anak main dalam rumah. Nak biar main kat luar, risau!
Maka, bila dalam rumah, mak stress! Anak sepahkan mainan, main elok-elok 5 minit pastu berebut dengan adik plak, Belum campur lagi bab anak kata dah bosan dengan mainan ni ..
Mak nak anak bergaul dengan anak jiran. Tapi mak sekarang risau. Anak mak pompuan, anak jiran lelaki. Budak dulu² naif. Tapi budak sekarang advanced! .. Budak dulu² kalau main kawin² setakat sanding duduk sebelah² ja, tak tau apa .. Budak sekarang main kawin² kadang memang 'kawin' teruih.. Takdak akad nikah dah .. Akhirnya, mak tak dapat masuk dapoq qeja mak nak pantau kat luar tgk anak² .. Mak nak suruh anak pi kedai zaman sekarang mak risau .. jgn kan nak pi kedai, anak main depan rumah pun bahaya. Orang jahat merata-rata ... ! Sekali lagi, mak terpaksa suruh anak main dalam rumah. Sekali-sekala bawa ke taman, tapi itula, jeling mata tak pernah lepas. Risau.... Risau.....Risau.
Makanya, mak jugaklah usung anak-anak pi kedai sekali, walaupun sekadar nak beli bawang merah 5 ulas .. Mak nak anak balik sekolah sendiri? Lagilah risau. Naik bas ada risiko, naik teksi ada risiko, kayuh basikal sendiri ada risiko. Mak risau. Maka, demi anak, mak jugaklah gagahkan diri ambik dan hantar anak sekolah. Loceng belum bunyi mak dah tercegat depan pagaq sekolah, takut anak balik ikut orang ntah sapa², dengan rutin macam tu, bila mak nak ada masa di rumah? Anak kena pantau 24 jam depan mata. Paling mudah, anak-anak semua dalam rumah! Mak dulu takdak mainan dalam rumah, sebab anak main luar rumah ... Rumah mak dulu bersih, clear, sebab mak tak payah pikiaq bab anak sepahkan .. Mak tak risau anak kat luaq ..
Mak sekarang ?
Anak dalam rumah pun orang intai lagi! Tambah mak skrg yg bekerja .. nk antaq anak mengasuh risau kena dera, tak kerja takdak duit, ekonomi tak menentu skrg .. setakat sorg cari x cukup .. komitmen banyak .. dah kerja pikiaq anak .. balik letih urus anak urus umah lg ..masak lagi .. tak masak org kata segan ..anak2 lapaq .. mcm2 serba x kena .. mak skrg 24jam bekerja!
5 Comments
fuhh...kalau pikirkan kata orang, memang mental...
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan ibu bapa zaman sekarnag termasuklah diri sendiri..aamin
betul..zaman dulu jauh bezanya dgn zaman sekarang kan..dr pelbagai segi
ReplyDeleteKartun 2017 masih relevan....
ReplyDeleteZaman sudah berubah dan cabaran juga berubah...sekarang lebih sukar kerana emosi kita mudah koyak oleh gajet
ReplyDeleteBeza zaman dulu dan sekarang. Dulu mama papa jeling je kita dah kecut perut. La ni anak tu siap tanya lagi kenapa ummi bulatkan mata?. Nak marah jadi tak marah.....
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.