Dunia pendidikan hari ini semakin mencabar.
Terlalu ramai pelajar yang pintar sedangkan tempat yang ada cukup terhad. Kos pengajian semakin tinggi.

Maka pihak yang menyediakan tempat terpaksa menapis pelbagai peringkat tapisan mencari Cream of the cream. Kita juga perlu bersedia dengan perbagai alternatif dan dana bagi memberi pendidikan yang terbaik buat anak² kita.

Permohonan ke SBP/MRSM pun ratusan ribu sedangkan tempat cuma ada tidak sampai 10,000 bagi setiap satu.

Mendapat straight A dlm SPM belum boleh menjamin tempat untuk scholarship. Syarat minima permohonan adalah tiada satu A- pun bagi semua subjek.

Sebuah GLC terkenal telah menerima permohonan lebih 5,000 permohonan yang melepasi syarat minima. Hanya 500 orang yang dianalisa terbaik sahaja yang dipanggil ke Kem Kepimpinan untuk menilai tahap kepimpinan, communication skill, softskill, problem solving skill dsb yang dikendalikan oleh pakar² yang dilantik dari luar untuk memilih hanya 50 orang pelajar terbaik untuk ke sesi temuduga. Dari 50 pelajar yang berjaya ke sesi temuduga yang dikendalikan oleh top management GLC tersebut, hanya 25 orang pelajar sahaja yang berjaya ditawarkan scholarship.

Result Asasi/Matrik/STPM dengan CGPA 4.00 hanya mewakili 90% merit dan 10% lagi adalah dari koko, sedangkan mengikut UPU Pocket purata merit pelajar yang telah telah berjaya ditawarkan tempat untuk beberapa tahun lepas ke bidang² hot course adalah 100%. Dah dapat 100% merit pun masih belum tentu dijamin 100% mendapat tempat dalam bidang yang dimohon kerana ada sesi temuduga pula yang menapis dan menyingkir.

Pasti cukup stress anak² yang pintar bersaing untuk merebut tempat yang cukup terhad. Nak score bukan senang, nak dapat tempat lagi susah.

Bagaimana dengan anak² yang sederhana pintar pula?

Bijak pandai ada berpesan, " Jangan sesekali kamu belajar apa yang pelajar pintar belajar jika kamu adalah seorang pelajar sederhana kerana kamu tidak akan pernah mampu untuk mendahului mereka tetapi sebaliknya belajarlah apa yang pelajar pintar tidak belajar. Pasti kehidupan kamu nanti akan lebih baik dari kehidupan mereka"

Bagi kita sebagai muslim percayalah yang Allah adalah sebaik² perancang dan Dia juga merancang yang terbaik buat setiap hamba²Nya mengikut keadaan seseorang hambaNya itu sendiri. Cuma kadang² diri kita sendiri yang mencampakkan diri kita sendiri ke lembah² yang bukan terbaik buat kita.

Ambil cakna dan buatlah perancangan dari awal yang terbaik untuk pendidikan anak² kita sendiri.

✍🏻
Kredit penulisan asal dari Tuan Abdul Rani Seman dari Page Sekolah Berasrama Penuh Malaysia.