Panduan kewangan untuk pelajar universiti
Panduan kewangan untuk pelajar universiti, manfaatkan elaun sebaiknya.
KEHIDUPAN di universiti ialah fasa yang banyak mengajar tentang realiti hidup. Selain belajar segalanya berkaitan kursus atau bidang yang diambil, anda juga perlu belajar cara urus kewangan sendiri.
Berbeza dengan kehidupan di rumah di mana ibu bapa menanggung segala kos, kini pelajar perlu membuat keputusan bagaimana dan di mana anda mahu membelanjakan wang.
Perlu diingat bahawa setiap keputusan akan membawa kesan, sama ada positif atau negatif. Ikuti tip berikut untuk membantu anda menguruskan wang sebagai pelajar universiti dengan lebih baik.
1. Rancang perbelanjaan
Langkah pertama adalah mengenal pasti sumber pendapatan, sama ada daripada elaun yang diberikan ibu bapa atau pinjaman pendidikan. Jika anda lakukan apa-apa pekerjaan sambilan, masukkan juga pendapatan tersebut dalam rekod.
Setelah mendapat jumlah keseluruhan pendapatan, pelajar boleh mula merancang perbelanjaan untuk keperluan harian, sewa rumah, pengangkutan dan lain-lain.
Semua kategori dan jumlah perbelanjaan perlu direkodkan dalam buku nota atau aplikasi belanjawan. Jangan lupa asingkan sejumlah wang untuk kecemasan dan menabung jika ada lebihan.
2. Simpan wang
Bagi pelajar yang menerima bantuan pendidikan atau biasiswa, simpanlah lebihan wang dalam akaun bank, Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Jika anda belum mempunyai akaun Tabung Haji, daftarlah segera. Kos untuk membuka akaun Tabung Haji sangat rendah, iaitu hanya RM2.
Anda bebas untuk menyimpan berapa sahaja jumlah asalkan ia tidak membebankan. Perlu diingatkan juga, meskipun anda mahu fokus menyimpan wang, jangan sampai tidak makan dan tidak membeli barangan keperluan untuk belajar.
3. Kerja sambilan yang tidak membebankan
Jika ingin mencari kerja atau perniagaan sampingan, pastikan ia boleh dimulakan tanpa kos atau dengan modal di bawah RM100.
Modal yang lebih tinggi mungkin kurang sesuai untuk pelajar memandangkan anda masih belum ada simpanan dan pendapatan tetap.
Antara pilihan yang boleh dipertimbangkan termasuk dropship dan pemasaran bergabung (affiliate marketing).
Sebaiknya, cari kerja yang boleh menjana pendapatan lebih besar selepas tamat belajar, seperti perniagaan kecil-kecilan. Ini boleh membantu membina kemahiran pemasaran dan rangkaian yang sangat berharga apabila memasuki alam pekerjaan.
Anda juga boleh pertimbangkan untuk bekerja sambilan dalam bidang yang dipelajari.
Anda bukan sahaja dapat menjana pendapatan sampingan, malah mengutip pengalaman dan ilmu di lapangan yang semestinya akan membantu anda mencari kerja selepas tamat belajar nanti.
4. Kurangkan perbelanjaan
Untuk buku rujukan, pelajar tidak perlu membeli buku baharu. Sebaliknya, cari buku terpakai yang lebih murah sama ada secara dalam talian atau melalui pelajar senior.
Dalam era digital ini, pelajar juga boleh membeli e-buku yang lebih murah, ringan dan mudah diakses.
Tidak dinafikan, kos makan merupakan perbelanjaan terbesar di kampus. Jika tinggal bersama rakan-rakan di kolej atau rumah sewa, kos ini boleh dikurangkan dengan berkongsi makanan.
Anda boleh masak nasi di rumah dan membeli lauk dalam jumlah yang besar untuk dikongsi beramai-ramai.
Contohnya, harga hidangan nasi goreng kampung adalah antara RM7 hingga RM10. Namun, dengan harga yang sama, anda boleh membeli lauk tomyam yang boleh dikongsi bersama atau dimakan dua kali sehari.
Saya juga ingin menyelitkan satu nasihat buat adik-adik sekalian. Tidak kiralah berapa jumlah yang ibu bapa anda berikan, hargainya dan cuba manfaatkan sebaik mungkin.
Janganlah anda merungut tidak cukup dan membandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Setiap keluarga mempunyai pendapatan dan tanggungan yang berbeza.
Sekiranya anda perlukan bantuan kewangan, cuba dapatkan bantuan zakat di universiti masing-masing. –
8 Comments
good sharing
ReplyDeletebelajar di u besar belanjanya mesti bijak urus kewangan agar xstres
ReplyDeleteKos makan untuk pelajar2 U sekarang memang membebankan
ReplyDeleteInfo yg bagus. Saya masa kat uni dulu rekod perbelanjaan setiap hari. Kalau terlebih dari bajet, saya dah risau sebab takut duit biasiswa tak cukup. Tak pernah beli buku teks zaman degree, selalunya kiteorang pinjam dari library / fotostat bab yg penting je 😅. tahun akhir baru ambik kerja sambilan di food court sebab perlu duit ekstra utk projek akhir. Ambik komisen jual biskut raya dekat lecturer pun pernah jugak.
ReplyDeleteInfo yang terbaik ni khas untuk anak saya. Nak makan harga di UPM agak ok juga tapi nak kena rancang perbelanjaan dengan baik juga.
ReplyDeletegood sharing.. betul sgt, kena bijak berbelanja
ReplyDeletebab buku tu memang, biasanya sebelum tmat semester ammi dah cari senior yang nak jual buku. dapat buku 3rd hand, 4th hand pun boleh asalkan content masih sama
ReplyDeletePanduan yang sangat berguna...moga bermanfaat kepada pelajar universiti..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.