Pengurangan Tenaga Manusia Dalam Pekerjaan
Pernah dulu saya menginap di sebuah hotel di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Masuk sahaja ke ruangan lobi, saya lihat tiada lagi kaunter reception dan staf bertugas menyambut tetamu. Semuanya dilakukan secara DIY. Tanpa bantuan sesiapa, proses daftar masuk berjalan lancar, lebih mudah dan teratur. Cukup mesra penguna.
Ini satu contoh bagaimana pekerjaan yang dianggap penting pada masa lalu sudah tidak wujud lagi.
Bukan sahaja di kaunter hotel, semakin banyak kerja kaunter telah digantikan dengan 'mesin'.
Di tol lebuh raya, bayaran parking, pesanan makanan di McD malah nak naik kapal terbang pun, semua urusan pesanan, daftar masuk, membuat bayaran sudah diuruskan secara DIY.
Puluhan ribu pekerjaan seperti ini semakin pupus. Malah banyak lagi pekerjaan rutin yang lain juga akan pupus. Sekarang semakin banyak supermarket dan kedai menggunakan sistem bayaran secara 'self check out counter'. Cuba anda ke Uniqlo, Lotus, M&S etc. Semuanya sudah kurangkan juruwang di kaunter bayaran.
Ambil satu contoh lain. Akan tiba masanya bila amalan sewa kereta secara kontrak 3-5 tahun menjadi amalan masyarakat, pemilikan kereta individu akan pupus. Orang sudah tak beli kereta dan bayar ansuran setiap bulan lagi pada bank. Orang akan menyewa kereta sahaja. Cukup tempoh, tukar kereta baru. Orang sudah tidak baiki kereta lagi. Kerja mekanik akan pupus. Perniagaan alat ganti kenderaan juga akan pupus.
Banyak lagi kerja lain juga akan pupus apabila teknologi maklumat, automasi dan robotik menjadi semakin maju dan murah. Sekarang datang pula teknologi baru seperti AI dan Chatgpt.
Pada masa yang sama wujud pula banyak pekerjaan baru. Misalnya, data analyst, data scientist, pengemudi drone, Artificial Intelligence Specialist, software developer, robotics engineer, cybersecurity, healthcare professionals, renewable energy engineer etc. Pekerjaan bentuk baru ini tentunya memerlukan pengetahuan dan kemahiran baru.
Soalnya, apa persiapan pendidikan negara dalam menghadapi fenomena ini?
Masihkah kita mahu bertegas nak amalkan kurikulum abad 20 yang semakin ketinggalan?
Masih berdegilkah kita mahu amalkan sistem peperiksaan berasaskan hafalan dengan skema jawapan yang rigid?
Masihkah kita mahu pertahankan sistem pengajaran cara lama? 'Chalk and Talk'?
Masihkah juga kita mahu anak-anak kita belajar hanya bergantung pada buku teks?
Tetap jugakah kita mahu teruskan silibus yang membosankan, padat dan menakutkan murid?
Apakah persiapan pendidikan kita?
Sebab itu saya berulang kali sebut, biarlah kita terima hakikat bahawa sistem pendidikan negara sekarang dalam krisis. Terima dahulu hakikat yang sistem pendidikan kita sedang caca marba. Tiada hala tuju yang jelas.
Biar kita akui dulu hakikat ini. Biar kita sedar dulu. Lagi lambat kita sedar, maka lebih lambatlah untuk kita menyiapkan perubahan pendidikan. Pasti akan lebih ramailah anak-anak kita yang kerugian.
Sumber: Dr. Anuar Ahmad
9 Comments
betul...semua nak kena mesin. tenaga manusia makin dikurangkan
ReplyDeletecara manual masa tertentu masih perlu walau mesin ganti peranan...mesin rosak juga
ReplyDeleteMemang terpikir juga semua ni.
ReplyDeleteKena ada juga tenaga pekerja kan
ReplyDeletemacam-macam sekarang ni..huhu
ReplyDeletebagi sy kerja2 yg melibatkan pemikiran masih lg perlukan tenaga manusia. bkn robot AI etc.
ReplyDeleteZaman dah berubah... kita terpaksa mengikutinya
ReplyDeleteBila tenaga manusia tidak lagi diperlukan, bayangkan berapa ramai yang akan mengganggur dan masih tercari-cari peluang pekerjaan baru.
ReplyDeletePak Kie, kalau dahulu ada revolusi Industri, mungkin saat ini sedang terjadi revolusi lagi menuju otomatisasi... Akibatnya skil lama sudah tak lagi berguna, diperlukan skill baru yang selaras dengan perubahan zaman ini.
ReplyDeleteLuar biasa memang tantangan zaman ini...
Salam,
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.