10 Item Kit Kecemasan Yang Perlu Sentiasa Ada Dalam Kereta
Kita tidak tahu bila dan di mana masalah kerosakan kereta boleh berlaku. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan apa jua jenis kenderaan yang anda bawa.
Apabila berlaku kerosakan kita haruslah ambil langkah sebaiknya untuk bersedia hadapi kemungkinan tersebut. Disebabkan itulah beberapa item dan peralatan perlu anda sentiasa sediakan dan bawa sepanjang masa.
Dengan adanya kit kecemasan anda boleh menghadapi dugaan kereta rosak di tengah jalan ini dengan baik. Tahukah anda bahawa kebanyakan kereta yang tersadai di tepi jalan akibat kerosakan yang remeh dan biasa seperti bateri tidak berfungsi atau berlakunya kebocoran pada tayar?
Jika anda sentiasa bersedia masalah ini boleh diatasi dengan baik dan cepat. Jadi apakah kit kecemasan serta perlatan yang selalu perlu kita bawa sepanjang masa di dalam kereta?
1. Pengecas Telefon Pintar Kereta
Nampak macam tak berapa penting. Tapi bayangkan telefon pintar anda sudah hampir habis bateri. Kereta pula tersadai sebab tayar bocor atau kerosakan lain. Jadi di sinilah pentingnya pengecas telefon pintar dalam kereta!
2. Kit Pertolongan Cemas
Bila berlaku kemalangan kecil yang boleh menyebabkan kecederaan anda boleh melakukan rawatan awal sebelum ketibaan bantuan atau ambulans. Antara item penting dalam kit pertolongan cemas adalah pita pelekat, aspirin, kain lap antiseptik, krim antiseptik dan pelbagai bantuan perubatan lain.
3. Alat Pemadam Api
Antara yang paling ditakuti ialah kereta terlibat dengan kebakaran. Jadi anda perlu bersedia hadapi segala kemungkinan. Pastikan anda pilih alat pemadam api yang sesuai untuk kenderaan komersial sahaja.
4. Tiga Segi Amaran Reflektif
Kebiasannya apabila anda membeli kereta baru, tiga segi amaran reflektif ini akan disediakan. Namun jika tiada anda boleh membelinya di pasaran. Penggunaannya sangat penting terutramanya apabila kereta tersadai di tepi jalan bagi memberitahu pengguna jalan raya lain.
5. Kabel Jumper
Sediakan wayar jumper yang berukuran kira-kira 10 kaki dan disalut dengan getah mampat. Jumper ini penting jika bateri kereta anda bermasalah.
6. Lampu Suluh
Pelbagao kegunaan yang boleh anda guna terutamanya pada waktu malam.
7. Sarung Tangan
Bagi memudahkan dan elak tangan melecur semasa anda melakukan pemeriksaan di bahagian enjin kereta.
8. Alat Utiliti Serba Guna
‘Pisau Swiss Army’ yang ada banyak pelbagai pilihan kegunaan.
9. Baju Hujan
Persediaan jika kereta rosak pada cuaca hujan.
10. Car Jack Kit
Tanpa kit ini anda tidak boleh menukar tayar spare kepada tayar yang bocor.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.
11 Comments
Banyak yang tiada dlm list ni.. nak kena prepare semua item ni.. terima kasih atas peringatan :D
ReplyDeleteNice sharing abam kie =D
ReplyDeleteTerima kasih share info berguna
ReplyDeletesemua item penting tu sedia dlm keta kan
ReplyDeleteThanks for sharing AK, nak kena check apa yang tiada.
ReplyDeletedari 10 tu... uncle hanya ada 4
ReplyDeletebaju hujan tu selalu sy gantikan dgn payung...
ReplyDeleteiye, malang tak berbau., sediakan payung sebelum ujan kan cikgu., huhu
ReplyDeleteKit kecemasan? Ah Pak Kie akhirnya saya paham apa yang dimaksud, rupanya itu perlengkapak darurat, kalau dalam bahasa Indonesia.
ReplyDeleteMemang baik sekali selalu tersedia perlengkapan darurat, just in case terjadi masalah dalam perjalanan, kita sudah siap menghadapinya sendiri sebelum meminta bantuan dan pertolongan.
Salam,
Betul lah tu.. Memang penting barang-barang tersebut untuk berada di dalam kereta.
ReplyDeleteso true..semua ni kena ada dlm kereta
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.