Mengapa kita perlu melanggan saluran Njoi?
Assalamualaikum. Dah lebih sedekad Abam Kie guna servis Njoi ni. Decoder yang pertama tu kena panah petir sampai rosak terus. Warranti cuma setahun jadi Abam Kie kena beli yang baharu. Pada tahun lepas ada offer untuk upgrade ke Astro dengan bayaran bulanan Rm34 sahaja bagi Primary Pack. Ada kontrak selama 1 tahun. Jadi Abe Kie terima je offer tu.
Tapi setelah cukup setahun bil bulanan kembali kepada asal iaitu RM60 rasanya. Lalu Abam Kie mohon downgrade kepada Njoi. Tapi proses nak restore kepada Njoi tu ambik masa 5 hari bekerja gak. Ingat kan terus dapat mcm upgrade ke Astro tempohari. Hishh! Jahatnya kamu Astro! Nak tak nak terpaksa bersabar lah ye.
Selepas perkhidmatan Njoi berjaya dipulihkan baru la dapat menonton siaran TV yang teramat basic. Untuk NJOI siaran mempunyai 16+ siaran sahaja seperti dibawah.
101 TV1
102 TV2
103 TV3
114 TV Al Hijrah
147 NTV7
148 8TV
149 TV9
146 TV Okey
122 TV Sarawak
502 Bernama
603 Astro Tutor TV UPSR
130 Jom Ngaji
131 Filem Mantap
132 Drama Hebat
133 Drama Hotpot
134 Lawak Sentral
135 Travel & Taste
136 Oh My Ceria
501 Astro Awani
26 saluran radio
Memang sikit je kan? Jika dulu2 siaran Njoi ni dapat la juga nonton Astro Prima dan Oasis tapi sekarang tidak lagi. Jika nak tengok channel sedemikian kena beli Family Pack bernilai RM30.24 termasuk SST. Harga ni untuk sebulan ye. Cuma yang ni jika nak stop, x perlu renew. Kalau nak tengok beli je balik. Ada kebebasan gitu. Tapi rasanya Abam Kie akan terus kekal melanggan Family Pack ni sebab ia lebih menguntungkan berbanding dengan Primary Pack Astro. Kenapa? Sebab jumlah siaran dalam 75 semuanya. Masa melanggan Astro dulu tak sampai pun 75 channels! Dah la banyak siaran, murah lagi tu!
Itu pasal la Abam Kie suka melanggan Pakej Famili Njoi ini... Value for money org putih kata! Sekarang ni ramai orang kata siaran Astro dah x valid lagi sebab ada streaming services. Tapi Abam Kie rasa kena ada Astro di rumah untuk menonton channel asas tu. Lagi pun TV yg ada Njoi ini diletakkan di dapur. Jadi sambil makan tu dapatlah tengok siaran berita dan sebagainya.
Wht do you think? Oh! Ya... kepada sesiapa yang nak tahu apakah 75 siaran Family Pack Njoi tu boleh la download fail di bawah ye. Dalam format PDF ye. Sekian. Terima kasih.
https://drive.google.com/file/d/1-dLx8Rp9oMHIyRqPOTJFVrp0ZgFt6No0/view?usp=sharing
11 Comments
Selamat enjoy menonton, Abamkie. Banyak jugak siarannya tu.
ReplyDeletebetul...untuk cerita yang asas je...skang nie linda pakai unifi, jadi TV kecik boleh tengok chanel unifi, ada yang asas kat situ..kalau yang streaming punya, malam-malam line tu bergaduh lah...hahaha..asyik lah loading
ReplyDeleteMenarik nih...
ReplyDeletesaya pasangkan njoi untuk rumah parent di kampung dan rumah staf... senang takyah fikir bayaran bulanan
ReplyDeletedah xde masa nk tonton tv streaming ja cari info
ReplyDeleteBanyak juga tawaran channelnya.
ReplyDeleteWak dah jarang2 sangat tonton tv
Family Pack ada 75 siaran wahh banyak tu.
ReplyDeleteKalau disini saya berlangganan indihome, Pak Kie. Saya ambil paket yang tv dan internet.
ReplyDeleteSalam,
Tak nak renew tak yah bayar ... nak guna semula bayar balik.. eh best nyerr
ReplyDeleteRabia tak langgan dah astro
ReplyDeleteBolehlah kan buat Hilang Hilang bosan, dapatkan info..Banyak jugak siaran, takdalah sendu sangat..Harga pun mampu bayar lagi tu...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.