Dilema Menjadi T20 Pada Hari Ini
Dilema jadi T20 hari ini. Pendapatan isirumah 13k pun dah boleh termasuk menjadi golongan mahakaya tau!
1. Seorang boss T20 ada perniagaan SME, kos semakin naik ditambah pula gaji permulaan pekerja naik dari 1500 ke 1700
2. Staff sedia ada dari peringkat bawah sampai atas kena dinaikkan gaji jugak, sebab tak adillah, bila mamat yang baru sebulan kerja dah naik gaji sampai 13%
3. Ayu, HR manager bagitau, staff² lain dah mula berbunyi, diaorang pun nak naik gaji sampai 13% jugak.
4. Panggil accountant dan HR, suruh buat projection berapa banyak overhead syarikat kalau nak naikkan gaji semua?
5. Boss T20 tepuk dahi bila dapat report lengkap dari accountant dan HR.
6. Boss T20 cakap, ok, kita buat persiapan, mulai tahun depan, kita terpaksa kurangkan pekerja, jangan buat recruitement lagi.
7. Arahan kpd HR, buat penilaian semula kepada semua staff lama. Kekalkan yang betul² berguna dan jarang bawak masalah kepada syarikat. Cari jalan macam mana nak dapatkan intern dari kolej dan universiti, bolehlah kita dapatkan manpower dengan murah.
8. Boss T20 balik rumah lewat petang dengan serabut. Sebelum sampai rumah, singgah petronas isi minyak. Teringat pulak semalam pmx cakap, lepasni semua subsidi bersasar. RON 95 pun terlibat. Peluang tinggi utk T20 tidak mendapat subsidi ron95. Tepuk dahi sekali lagi boss T20.
9. Sampai rumah, melihat anak-anak dia, boss T20 teringat , "subsidi bersasar". Adakah anak² aku pun tak dapat keistimewaan subsidi nanti. Sekolah? Universiti? Perubatan? Tepuk dahi lagi boss T20.
10. Tengok wajah isteri, teringat boss T20 akan janji dia nak pergi Haji 2 tahun lagi. Tepuk dahi, bila cek balik, kos haji utk T20 sekarang dah jadi 30k seorang. Ehmm, nampaknya kena tangguhla niat menunaikan haji ke beberapa tahun lagi.
11. Termenung sejenak boss T20. Beberapa tahun lepas aku masih M40 taklah fikir sangat pasal subsidi atau kenaikan harga. Tapi nampaknya sekarang semakin berat pula bebanan yang mendatang.
12. Esok paginya, hari sabtu. Hari cuti. Boss T20 siram pokok bunga di landskap laman rumahnya. Mereka baru beberapa tahun pindah ke taman perumahan yang agak mewah. Setelah bertungkus lumus bertahun2 menjalankan perniagaannya, sekarang dapatlah merasa senang sikit. Paling penting dapat memberikan kesenangan kepada anak dan isterinya.
13. Sedang leka menyiram pokok di laman rumahnya. Boss T20 disapa jiran sebelah, Dr Johar, seorang pensyarah kanan sebuah universiti. Isterinya pula seorang pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan.
14. Boss T20 berbual panjang dengan Dr Johar, membincangkan hal belanjawan terbaru dan apakah nasib yang bakal menimpa mereka.
15. Dr Johan cakap, kalau terpaksa, mereka akan pindah ke taman perumahan biasa, dapat rumah teres 2 tingkat pun ok je. Mereka kena kurangkan perbelanjaan selepas ini, terutama belanja besar, memiliki rumah semi-d di taman elit yang setiap bulan kena bayar caj service dll. Ini demi memastikan mereka dapat menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah terbaik memandangkan bakal tak dapat subsidi lagi. Memang pun anak-anak Dr Johar semua pandai², ikut DNA mak ayah dia.
16. Pagi isnin, boss T20 panggil semua head department, meeting. Kita akan buat downsizing tahun depan. Kita berhenti buat perniagaan yang untung tak seberapa. Tiada pengambilan staff baru. Akan ada pemberhentian kerja staff sedia ada.
17. Selamat datang 2025!
6 Comments
emmm...mcm2 yer
ReplyDelete13K untuk isi rumah digelar T20 adalah tidak patut. Sekurang²nya pendapatan isi rumah 25k boleh digelar T20.
ReplyDeletesaya sokong statement ini. Nak kata M40 bukan..T20 lagi la bukan..tetap selama ni tak dapat apa2 manafaat...tak layak kaedahnya....sian kami ni..
Deletebila mana T20 terasa, yang bawah tu pun lagi terasa...memang keras betul zaman sekarang nie...semoga anak2 mampu meneruskan kehidupan dengan keadaan yang waras...aamin2x.
ReplyDeleteTahun 2025 sepertinya hidup semakin berat ya Pak Kie.
ReplyDeleteDisini merasakan hal yang sama apalagi dengan bergantinya kebijakan dengan kepemimpinan yang baru.
Apapun semoga kita masih ada peluang untuk selalu berbahagia...
Salam,
kalau laa malaysia implement gaji 13 bulan mau botak bos2 T20😁
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.