Merancang pengajian di Institusi Pendidikan MARA
Sebenarnya saya tak sangka hantaran tentang anak saya semalam akan dapat banyak sambutan. Saya tulis sekadar untuk berkongsi.
Rupa - rupanya ramai melalui keadaan yang sama sehinggakan ramai yang mesej di messenger sejak semalam.
Lumrah sebagai ibu bapa, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak. Tetapi apabila kita nampak anak itu lemah, sudah pasti kita risau memikirkan masa depan mereka. Tambah pula zaman sekarang tak cukup dengan hanya sijil SPM.
Kos sara hidup juga semakin meningkat, jadi haruslah kita risau.
Tapi, pelajar sekarang sebenarnya sangat beruntung. Setiap peringkat disediakan peluang untuk berjaya.
Pelajar cerdik, sederhana, lemah semua ada laluan mereka.
Jika dulu semuanya bergantung kepada IPTA, tetapi sekarang sudah ada banyak laluan melalui IPMA.
Keputusan SPM cemerlang boleh mohon program YTP ada peluang ke luar negara. Boleh juga sambung matrikulasi di Kolej Mara dan sambung sarjana muda di IPTA, IPTS dan UniKL.
Boleh juga terus ke asasi di UniKL.
Pelajar sederhana masih ada peluang. Boleh ke asasi di UniKL, masuk ke program diploma di UniKL, di IKM, KKTM, MJII, KPM, KPTM atau GMI.
Kemudian jika cemerlang boleh mohon tajaan IESP iaitu skim pelajar diploma IPMa cemerlang ke luar negara. Skim ini juga taja untuk program di dalam negara.
Ataupun, terus sambung sarjana muda di UniKL atau UPTM, ada skim TESP.
Mahu sambung pengajian lagi? Ada juga program sarjana dan doktor falsafah di kedua - dua universiti ini. MARA sediakan tajaan GrEP pula.
Pelajar lemah bagaimana pula?
Boleh bermula di GiatMara. Ada banyak program sijil yang menarik disediakan. Jika berminat teruskan sehingga dapat sijil kemahiran tahap 3, kemudian sambung pula diploma di IKM, KKTM, GMI, MJII atau UniKL.
Jika mahu sambung pengajian lagi, teruskan. Tidak ada yang mustahil.
Pelajar yang keputusan SPM baik tetapi matematik pula tidak kredit, ini pun ramai.
Di UniKL boleh ke asasi, ada juga program diploma yang tidak perlukan kredit matematik.
Di KPTM dan IKM juga ada program yang sesuai.
Jadi, peluang itu sentiasa ada dan terbuka.
Terima kasih atas ucapan dan doa tuan puan semua. Semoga anak - anak kita akan berjaya di dalam bidang mereka.
6 Comments
Rasanya cikgu, semasa di peringkat sekolah semua pelajar perlu didedahkan dengan semua pusat pengajian berkaitan. Mungkin ada juga sessi bersama ibubapa/penjaga. Sedikit sebanyak pengetahuan tentang kursus2 dan pusat berkaitan ada didalam pemikiran mereka. Boleh mencongak/budget yuran berkaitan. Dedahkan sekali bagaimana nak dapat biasiswa/tajaan. Bukan apa kadang2 ada ibubapa/penjaga dan pelajar itu sendiri tidak tahu ada pusat pengajian lain selain universiti awam/swasta. Yang penting minat belajar masih tinggi.
ReplyDeleteDatuk Dr. Asyraf bagus jadi pengerusi MARA.. Banyak dah dia bantu pelajar.
ReplyDeleteJanganlah menyianyiakan peluang yang ada.
ReplyDeleteDatuk Dr. Asyraf ni agak terkedepan jugak kan?
ReplyDeleteAamin2x...linda risau fikirkan anak-anak sendiri...tak nampak lagi hala tuju, pdahal anak baru darjah 6...tapi, tulah...mungkin linda sendiri tak cukup mengajar anak-anak.
ReplyDeleteApa sahaja step terbaik utk MARA kita sokong..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.