Persediaan untuk persaraan berdasarkan pengalaman saya
Berapa cukup wang untuk bersara?
Memandangkan saya masih mampu tersenyum, ianya satu soalan yang mudah untuk dijawab jika anda ingin bersara awal.
Perkara pertama anda perlu lakukan ialah mengurangkan gaya hidup (downsizing your lifestyle) selepas bersara berbanding semasa zaman bekerja.
Saya rasa ia mudah untuk dilakukan oleh orang pencen yang tidak lagi bernafsu besar.
Lainlah jika anda seorang ahli politik.
Kunci merancang hidup selepas bersara ialah menyenaraikan semua aliran duit keluar setiap bulan dan usahakan untuk mengurangkan ketirisan wang dari poket anda.
Misalnya jika anda makan di restoren sepuluh kali sebulan, anda boleh kurangkan kepada dua kali sebulan.
Berpindah kepada rumah yang lebih kecil boleh mengurangkan bil utiliti dan penyelenggaraan.
Jika kaki golf, anda boleh kurangkan bermain golf atau bertukar hobi lain yang lebih murah seperti ber-camping.
1. Perancangan paling penting sebelum bersara ialah anda perlu melupuskan semua hutang anda.
Ini bermakna tiada lagi hutang rumah atau hutang kereta.
Membuat hutang baru sebelum bersara adalah satu kesilapan besar.
Ada orang yang hobinya berhutang sepanjang zaman bekerja.
Apabila hutang lama selesai mereka akan gatal tangan untuk membuat hutang baru kerana berhutang itu menyeronokkan.
Tabiat ini mesti diberhentikan jika anda ingin bersara dengan bergaya.
2. Jumlah wang yang diperlukan semasa bersara.
Kiraan mudah ialah anda perlu ada 80% dari last pay setiap bulan.
Jika anda bergaji RM6000 sebelum bersara, anda perlu RM4,800 (6000x0. untuk hidup selesa setiap bulan selepas bersara.
Ini bermakna anda perlu RM57,600 setahun dan RM1.15 juta untuk 20 tahun selepas bersara.
Satu lagi cara kiraan ialah cara 25.
Jika pulangan dividen KWSP adalah 4%, anda boleh mengeluarkan 4% (1/25) setiap tahun disamping menikmati 4% setiap tahun sebagai dividen.
Ini bermakna simpanan di KWSP anda tidak akan berkurangan.
Jika anda perlu RM4,800 setiap bulan, anda perlu keluarkan RM57,600 setiap tahun dan ini bermakna anda perlu simpan RM1,440,000 (RM57,600x25) dalam dana KWSP sebelum bersara.
Jika anda seorang pegawai Kerajaan yang berpencen kiraannya lebih mudah. Anda sudah tahu gred dan gaji paling minima yang akan diterima dan boleh kira berapa duit pencen bulanan nanti.
Ini semua hanya panduan untuk kiraan mudah dan masing-masing perlu menyesuaikan dengan kehidupan dan gaya hidup sendiri.
3. Apakan perbelanjaan bulanan yang perlu dibayar selepas bersara?
CONTOH kiraan mudah :
1. Bil utiliti rumah - RM500
2. Transportation (petrol, repair, service kereta) - RM250
3. Makanan - RM300
4. Insurance - RM200
5. Percutian - RM500
6. Entertainment - RM300
7. Kontigensi - RM200
Jumlah sebulan = RM2250.
Ini contoh perbelanjaan mudah sebulan dan dari kiraan di atas anda hanya perlu RM675,000 dalam dana KWSP sebelum bersara (2250x12x25).
Kiraan boleh rendah atau tinggi mengikut lifestyle atau gaya hidup anda selepas bersara.
4. Umur sesuai untuk bersara.
Jika anda baru bekerja dan berumur 28 tahun tentunya mustahil bersara pada umur 30 kerana anda belum mempunyai ‘net worth’.
Dari pemerhatian saya, kebiasaan mereka yang bekerja melebihi 20 tahun sahaja mampu memiliki ‘net worth’ diri yang mencukupi untuk bersara awal dengan perancangan rapi.
Pastikan tiada lagi 'commitment' kewangan pada keluarga ketika bersara.
Kita hanya boleh merancang dan tentunya banyak situasi di mana plan asal tersasar.
Buat 'adjustment', olah, rangka kajian semula dan betulkan rancangan untuk mencapai sasaran bersara.
Orang Parit Jawa kata 'The only thing that is constant is change'.
Ubah suai rancangan asal mengikut kesesuaian kehidupan dan bina acuan mengikut impian sendiri.
Wallahua'llam.
Sumber: Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar
9 Comments
biar betik??? dah 10 thn dah?
ReplyDeletehutang rumah baru mula bayar awal tahun nie...jadi tak boleh lagi nak bersara nie..hihihi
Deletekena rancang betul2 kan & tgk kemampuan..
ReplyDeleteukur baju di badan sendiri gitu
Masih beruntung penjawat awam ada pencen apabila bersara.
ReplyDeleteOrang kampung tak kenal bersara selagi hayat dikandung badan.
melunaskan semua hutang ini yang susah
ReplyDeletekesihatan penting dijaga selain sumber kewangan bajet sebaiknya utk sara hidup
ReplyDeleteSetuju dengan Rezky Pratama
ReplyDeletemakan tidak mungkin RM300 sahaja sebulan untuk mereka yang bekeluarga walaupun sudah pencen
ReplyDeleteSaat ini saya sudah pensiun Pak Kie.
ReplyDeletePersiapan menjelang pensiun sangat baik seperti yang dituliskan diatas.
Terutama mengenai hutang, ini hal penting yang harus diselesaikan sebelum masa pensiun tiba.
Salam,
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.