Tahap kecerdasan berbeza pelajar-pelajar SBP
Semenjak UPSR dan PT3 dimansuhkan, ratusan ribu pelajar memohon ke MRSM dan SBP meskipun tempat yang tersedia tidak sampai pun 10% dari jumlah permohonan.
Tahniah kepada mereka yang telah berjaya ditawarkan tempat ke sekolah² hebat ini. Pelajar² ini adalah pelajar² cemerlang kerana mereka telah lulus UKKM atau PKSK dan sudah tertulis rezeki mereka belajar di sana.
Apa yang pasti kita sebagai ibubapa terpaksa banyak berkorban dalam bentuk masa, wang ringgit, tenaga dan sebagainya sepanjang anak² belajar di sekolah² hebat impian ramai orang ini.
Namun kita perlu ingat bahawa anak² yang asalnya cemerlang ini akhirnya terpecah kepada 3 kumpulan juga setelah mereka berada di sekolah² hebat ini iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Kenapa anak² yang asalnya cemerlang ini kini ada yang termasuk dalam kategori pelajar² lemah? Anak ke salah? Guru ke yang salah? Sekolah ke yang salah?
Secara peribadi saya tidak boleh menyalahkan kpd sekolah mahupun guru kerana ramai lagi anak² lain yang cemerlang belajar di sekolah yang sama, diajar oleh guru yang sama dan dalam kelas yang sama dengan anak² kita. Maka anak kita ke yang salah?
Kita sudah tersedia faham tentang jadual aktiviti dan belajar di sekolah² hebat ini adalah cukup padat. Bukan semua pelajar² itu mampu mengejarnya ke satu titik penamat yang sama dalam satu tempoh padat yang sama. IQ anak² juga sepastinya berbeza. Sesetengah pelajar tu memang dilahirkan pintar manakala sesetengah yang lain terpaksa berusaha keras untuk menjadi pintar. Sesetengah pelajar tu mudah faham dengan sekali penerangan sahaja tentang sesuatu topik sedangkan sesetengah yang lain memerlukan masa yang cukup panjang untuk memahami topik yang sama. Sesetengah tu pula memerlukan bantuan tuisyen luar yang berterusan untuk berada di level yang sama sedangkan kebanyakan sekolah² hebat ini tidak membenarkan dibawa masuk tuisyen ke dalamnya kerana aktiviti mereka sendiri pun sudah cukup padat. Jurang² ini lama kelamaan akan menjadi semakin melebar yang menjadikan kecemerlangan mereka akhirnya berbeza.
Maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk monitor perkembangan pendidikan anak² yang sedang belajar di sekolah² hebat ini dari seawal mereka masuk form 1 sehingga tamat form 3. Sebelum² ini adanya EXIT POLICY yang mengeluarkan pelajar secara automatik pelajar² akhir form 3 yang tidak mencapai tahap tertentu dlm akademik, namun dengan tiadanya exit policy sekarang ini, kita yang sepatutnya mempertimbangkan dengan teliti samada anak² kita patut sambung belajar form 4 di sekolah yang sama atau pindah keluar mereka untuk sambung belajar form 4 di SEKHAR dan kita mampu ruangkan waktu belajar/aktiviti padat mereka sebelum ini serta diberi bantuan tuisyen yang bersesuaian dengan mereka. Kita juga perlu faham tentang pemilihan aliran dan minat anak untuk belajar bermula di form 4 nanti. Bukan semua sekolah ada semua pilihan aliran² tersebut.
Kita sepatutnya sudah faham matlamat asal kita dan matlamat akhir kita ketika kita meletakkan anak² kita belajar di satu² sekolah itu. Apalah gunanya kita meletakkan anak² kita di sekolah² yang hebat tetapi akhirnya anak² kita menjadi biasa² sahaja. Adalah lebih baik kita meletakkan anak² kita di sekolah biasa² tetapi akhirnya menjadi anak² yang hebat.
Buanglah sikap ego kita, matlamat peribadi kita demi masa depan anak² kita. Jadilah ibubapa yang perihatin, cakna dan hebat dalam hal² berkaitan pendidikan anak² kita sendiri. Berbincanglah elok² dengan anak² kita secara mendalam dan matang.
P/s - Hanya sekadar pandangan peribadi berdasarkan pengalaman 5 orang anak pernah belajar di MRSM/SBP dan sibongsu kini sedang belajar di form 3 di MRSM ICGSE. Pernah juga keluarkan anak di SBP ke SEKHAR demi kepentingan akademiknya. Orang lain mungkin mempunyai pandangan yang berbeza. Kita punyai hak masing² dalam memilih haluan yang tersendiri.
7 Comments
Semoga anak2 tetap cemerlang walau di mana pun mereka berada... Setakat hari nie, yang sulung baru nak melangkah ke alam sekolah menengah tahun 2025 nanti, masih di sekolah harian biasa.
ReplyDeleteYang penting anak-anak ada minat belajar, kalau tak, memang tak ke mana juga le. hihi
ReplyDeleteterima kasih abam kie..anakanda saya masih dalam pemerhatian cara belajarnya,harapan kita sbg ibubapa memang nak tengok anak berada di sekolah hebat sampai habis perjuangan ting.5..tapi kita tengok la nanti mcm mana kan
ReplyDeletebetul..setiap anak2 ni ada kelebihan masing2
ReplyDeletesetiap kekurangan anak2 ada kelebihannya pupuklah minat mrk mencapai jaya
ReplyDeleteBetul Abam Kie, sedikit sebanyak memang sebagai ibu bapa ada sikap egonya. Cara terbaik, berbincang dan terus memberi sokongan untuk anak-anak capai matlamat mereka.
ReplyDeletemasa sekolah dulu saya perasan juga. kawan2 yg cemerlang masa sekolah rendah tp msk sek men rupanya ada yg lbh pandai drpd dia. walaupun kami sekolah biasa tp tertanya2 juga laa masa tu kenapa keadaan ni terjadi....
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.