Gangguan Bekalan Air Paip Paling Lama di Malaysia
Assalamualaikum. Pada 27 November 2024 lalu, Kelantan dan Terengganu telah dilanda banjir yang boleh dikatakan teruk jugak la.Tapi tak la sehebat bah kuning 2014. Banjir kali ini melanda sebelum Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM. Syukurlah sehari sebelum ujian tu, calon2 SPM sudah boleh ke sekolah. Abe Kie mengajar di Tanah Merah. Jajahan TM ni banjirnya tak la seteruk jajahan Pasir Mas dan Tumpat. Abam Kie sendiri terpaksa mengambil cuti bencana selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 Nov tu kerana jalan keluar dari rumah ditenggelami air. Bahaya kalau cuba harung air banjir ni. Tak pasal2 kereta rosak.
Air dalam tangki tu dapat bertahan selama 5 hari je.Selepas tu Abe Kie dan Kak Ton terpaksa menadah air hujan. Mujurlah jiran Abe Kie, Ustazah Ariza dan Abang Din menawarkan kami mengambil air dari rumah mereka. Mereka menggunakan air paip yang disedut dari telaga. Jadi 2X seminggu Abe Kie kena menyambung getah paip ke kepala paip di rumah mereka yang terletak kira2 50 meter dari rumah. OKLah tu, janji tak perlu menyedut air di masjid besar nun...
Segala jenis baldi, tong dan besen digunakan untuk menadah air di beranda rumah. Kemudian air ini diangkut ke dalam bilik mandi n dapur. Kalau makan pun terus beli nasi bungkus je. Memasak jika benar2 perlu aje.
Inilah pekerja kontraktor yang diupah oleh AKSB yang bekerja 24 jam bagi memastikan bekalan air paip di jajahan Tanah Merah dapat dipulihkan sebelum tarikh yang dijanjikan ialaitu 12 Dis 2024.
Alhamdulillah. Bekalan air kembali pulih pada 11 Disember 2024 selepas mula terputus pada 28 Nov 2024. Kali terakhir Jajahan Tanah Merah mengalami gangguan bekalan air teruk ialah pada Disember 2019. Boleh rujuk entri lama di sini. Semoga gangguan air tahap bencana alam ini tidak akan berlaku lagi pada masa depan. Jikalau tak ada air sehari dua tu boleh lagi survive. Kalau jadi sampai 14 hari macam ni, mati la nak!
12 Comments
fuhh...lama tu..kalau ada anak kecik lagi lah seksa...Alhamdulillah dah pulih seperti sedia kala
ReplyDeletesemoga staf air kelantan selamat dan baik baik aje...
ReplyDeletekepentingan menyimpan bekas simpanan air kan cikgu kie.. kami ada simpanan besar.. telaga :D
ReplyDeleteMoga dipermudah semua urusan ya. Air ni kalau tak ada memang masalah la....
ReplyDeleteMasyallah. kalau landed boleh buat telaga..kalau rumah berstrata ni..takde air payah...
ReplyDeleteSemoga urusan Abam Kie dan penduduk lain dipermudahkan. Dugaan seperti ini memang mencabar, terutama bila melibatkan keperluan asas seperti air. Harap pihak berkuasa segera selesaikan masalah ini demi kesejahteraan semua.
ReplyDeleteteruk betul kejadiannya...alhamdulillah sudah selesai masalahnya
ReplyDeleteLama tu. Moga dipermudah kan semua urusan.
ReplyDeleteAllahu...mcm2 ye bila banjir ni, dugaan sungguh.
ReplyDeleteBila tiada bekalan air ni memang sangat mencabar
ReplyDeletebetul....tak ada air sehari dua boleh tahan lagi. kalau hampir 2 minggu macam ni parah.
ReplyDeleteMasalah ketiadaan air atau sumber air terputus...memang azab
ReplyDeleteNak mandi tidak dapat banyak kali
kami di Sarawak sangat jarang alami masalah air begini
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.