Assalamualaikum. Macam tak percaya je bila telemarketer UNifi telefon Abam Kie dan offer TV 55 inci Sharp dengan PERCUMA jika setuju melanjutkan kontrak Unifi selama 3 tahun lagi. Sebenarnya Abam Kie tak sedar pun yang kontrak 24 bulan dengan Unifi tu tamat sehinggalah telemarketer Unifi tu call. Dia kata boleh pilih antara FREE bil selama 6 bulan dengan kontrak 2 tahun atau FREE TV untuk langganan 3 tahun. 

Mula2 tu Abe Kie tak percayalah. Iyolah kan, macam it's too good to be true, right? Jadi abam kie bagitahu dia yang abam kie nak fikirkan dulu tawaran tu. Dalam hati takut jugak kalau2 dia scammer. 

Lalu keesokan harinya abam kie call Unifi call centre. Staff yang jawab tu kata memang ada tawaran mcm tu. Maksudnya legal dan valid la tu. Offer ni utk pelanggan yg setia bersama Unifi sahaja. Pas tu abam kie bagitahu dia nak dapatkan la offer tu biarpun hari yg abam kie call tu adalah hari terakhir tawaran! Dia kata dia x boleh daftarkan abam kie untuk tawaran itu. Cuma telemarketer yg dilantik je yg boleh menguruskan pendaftaran free device ni. Tapi dia janji nak forwardkan permintaan abam kie ni kepada unit telemarketing Unifi tu. 

Keesokan harinya abam dapat call dari telemarketer Unifi tu. Mujurlah masa tu HP ada di tangan. Setelah diberikan penerangan serba sedikit maka dia pun mendaftarkan permohonan abam kie. Kalau ikutkan dah lepas tarikh tutup tu tapi sebab dia kesian kat abam kie maka dia tolonglah daftar. Alhamdulillah. Rasanya panggilan tu dibuat pada 1 Nov 2024. Dia kata TV akan dihantar mengikut giliran dan stok yang ada. Dia kata mungkin lambat la sikit sebab stok pada masa itu pun dah nak habis. Kena tunggu sikit la katanya. Tak apalah...janji dapat kan?

Tunggu punya tunggu akhirnya TV Sharp UHD 55 inci dihantar oleh lori Line Clear pada 23 Disember 2024. Wah! Dapat sambut tahun baharu dengan TV baharu la nanti! Cuma kena tunggu beberapa hari sebelum dapat pasang TV tu kat dapur sebab technician yang abam kie biasa upah tu berada di luar kawasan.

Tapi syukur Alhamdulillah. Akhirnya technician tu dapat datang install TV baharu tu pada petang 31 Disember 2024 lalu. Dekat 2 jam gak dia nak pasang TV tu kat dinding sebab kena modify rak letak barang yang asal dan pasang yang baharu sebab TV ni besar sangat. Selain dari itu kena alihkan plug TV ke bawah. Kena ubahsuai serba sikit agar muat. 

Sekarang rasa puas hati la sebab dapat tengok Google TV dengan skrin saiz 55 inci. Tak perlu guna Mi Stick dan android box lagi. Senangkan? Syukurlah dapat TV ini secara percuma. Jika x menang lucky draw semasa jamuan akhir tahun guru pun x kisah la sebab hadiah TV ini memang berbaloi daripada hadiah2 lucky draw tu.  

Oh! Ya. TV Philips bersaiz 32 inci tu Abe Kie jual kepada seorang pemandu bas dari Rantau Panjang pada harga RM270. TV tu Abam Kie beli pada 2016. TV tu molek lagi. Tahan lasak biarpun dah 8 tahun digunakan.