Apakah tujuan kita berkahwin?
"Aku juga ingin merasai belaian dari seorang insan yg bergelar suami"
Rasa keliru sekejap baca kapsyen dalam konten seorang gadis manis. Rasa kurang manis tapi entahlah kan zaman segalanya terbuka ni.
Tapi dalam masa yang sama terbayang betapa ramai wanita sudah berkahwin masih bergelut dengan cabaran mental dan emosi.
Saya pernah dengar dari mulut wanita yang nampak mendapat segalanya dalam perkahwinannya merungut,
"kalaulah budak2 yang sibuk bercinta tu tahu macam mana realiti yang kita ni lalu, mesti diorang tak sanggup pun nak masuk ke alam perkahwinan.
Fuhhh seram bunyikan.
Boleh jadi realiti yang sedang dilalui tak sama seperti yang dijangka kan.
Sebelum kahwin harap dibelai,
rupanya dah kawin suami sibuk cari rezeki.
Belai je lah diri sendiri.haha.
Sebelum kahwin harap dibimbing,
dah kahwin rupanya kena bimbing diri sendiri.kihkih.
Sebelum kahwin harap ada orang jaga,
rupanya dah kahwin kena jaga diri sendiri pakej jaga semua isirumah.
Sebelum kahwin harap dapat hidup senang sama-sama,
rupanya dah kahwin tak jadi pun seperti dibayangkan.
Oh sadisnya.hahah.
Boleh jadi itulah punca ramai wanita yang kecewa dengan perkahwinan yang sedang dilalui. Kerana apa yang dilalui jauh dari apa yang dijangkakan.
Jadi kenapa perlu berkahwin kalau hakikatnya hanya untuk menempuh kehidupan yang bukan diimpikan?
Di sinilah pentingnya tujuan sebuah perkahwinan.
Alhamdulillah persoalan ini terjawab dalam kuliah Kitab Sairus Salikin yang membincang adab-adab berkahwin.
Dalam perbincangan faedah berkahwin, ditekankan tujuan untuk berkahwin adalah 2 sebab
1- Mengikut sunnah Nabi S.A.W
2- Untuk mendapat anak yang soleh
Atas niat ini kita akan mendapat pahala ibadat muta'addi (ibadat yang berlaku kebajikannya sampai kepada orang lain).
Disebutkan dalam kitab ini, kalau tidak berniat untuk 2 tujuan tersebut maka lebih baik seseorang itu tinggalkan perkahwinan dan pergi mendalami ilmu tariqat dan ilmu mukasyafah.
Faedah pergi belajar itu lebih banyak dari pernikahan yang tidak disandarkan pada niat tersebut.
Begitulah jelasnya tujuan perkahwinan yang digariskan dalam Islam.
Bila faham tujuan sebenar perkahwinan kita akan lebih mudah berlapang dada dengan isu-isu yang timbul sepanjang perkahwinan in syaa Allah.
Kalau dapat seperti yang diidamkan, Alhamdulillah rezeki. Tapi kalau tak dapat pun kita masih bersangka baik dengan Allah.
Tapi ustaz cakap kalau masa menikah dulu tak niat macam tu pun tak payah la mula balik. Betulkan sahaja niat dan teruskan dengan kehidupan yang ada.
Dalam pengajian tadi pun ada dibincangkan bagaimana sikap buruk pasangan juga boleh jadi satu sebab untuk Allah hapuskan dosa-dosa kita yang tak terhapus melalui jalan lain.
Maka hadap sajalah kan.kihkih.
Nak melalui realiti tidak lah semudah menaip perkongsian di media sosial. Ganjaran pahala pun sangat besar Allah sediakan untuk setiap pasangan suami isteri.
Perkahwinan adalah ibadah paling panjang dalam hidup kita berbanding ibadah2 lain. Dan pahalanya lebih besar dari berjihad di medan perang.
Moga dengan niat yang betul akan menjadi kekuatan untuk kita terus melayari bahtera rumah tangga hingga akhir hayat.
Statistik penceraian 2023 lebih 22 ribu kes cerai didaftarkan. Secara purata 60 pasangan bercerai setiap hari.
Dan kes penceraian hari ibu bukan lagi di tangan suami semata-mata, tetapi melalui tuntutan para isteri.
Kiranya akhir zaman ni isteri juga seperti mendapat 'hak' untuk menceraikan pasangan. Tujuan asal fasakh adalah untuk keluarkan isteri dari perkahwinan yang rosak.
Namun bila tujuan perkahwinan sendiri tidak difahami, akhirnya ruang itu digunakan untuk memenuhi kehendak sendiri.
Nauzubillahiminzalik.
Kita sangat maklum kesan buruk penceraian terutamanya kepada anak2.
Moga2 dengan kefahaman kita mengenai tujuan pernikahan akan menjadi perisai menghadapi cabaran perkahwinan seterusnya melindungi anak2 dari pengabaian dalam hidup.
Walllahualam.
1 Comments
begitulah .. hidup ini bukan cinta semata2.. banyak tanggungjawab yg perlu dilunaskan... jomlah kita saling bertolak ansur..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.