Kahwin

Cakap pasal kahwin ni sebenarnya bukan bidang aku. Lari topik. Tapi nak cakap jugaklah.

"Kahwin ketika kau dah stabil atau kau masih terumbang-ambing?"

Pada aku dua-dua tak salah. Asalkan kau tak salah pilih pasangan. Salah yang macam mana?

Ada wanita nakkan lelaki yang stabil, ada wanita yang nakkan lelaki yang nakkan dia. Dua benda yang berbeza di sini?

Adakah wanita yang nakkan lelaki stabil ni mata duitan? 

Tak tuan-puan. Itu bermakna dia fikir masa depan. Dia pandang pada keselesaan dan kepentingan diri dia, anak-anak dia. Kau tak boleh nak salahkan perempuan apabila dia mempunyai mentaliti begini. Jadi sebagai lelaki apa yang harus kau buat apabila kau masih lagi tidak stabil?

Carilah wanita yang nakkan kau sebab kau nakkan dia. Wanita jenis begini biasa tak kisah nak bonceng motosikal, meniaga tepi jalan, berhujan panas, berkorban kudrat dan masa hanya untuk meraih kestabilan bersama-sama dengan kau.

Ada ke wanita macam ni?

Ada la tuan-puan. Kalau takda macam mana peniaga pasar malam boleh wujud. Kebanyakan golongan T20 lahir asbab mereka berniaga. Berniaga kalau kau takda support dari isteri/wanita kau ingat kau boleh hidup.

Jadi sebelum berkahwin kenalilah ciri-ciri wanita yang mahu hidup bersama kau.

Bukan asal cantik kau suka. Asal cerdik kau jatuh cinta. Bila ada konflik kau salahkan wanita. 

Sebab kau kena ingat, fasa terakhir wanita di dalam menerima lelaki dia takkan lagi cari lelaki yang kaya raya. Dia akan cari lelaki yang bertanggungjawab.

Sebab itulah ramai lelaki miskin kat luar sana masih memiliki isteri yang setia. Sebab dia bertanggungjawab. Sebab perasaan bahagia wujud bukan kerana faktor materi sahaja. Ada yang senang apabila melihat senyuman pasangan dia, menerima sentuhan kasih sayang secara mental dan fizikal dengan sempurna.

"Tak wujud pun istilah miskin sebenarnya. Hanya perlu rasa syukur, maka segala yang kurang akan dicukupkan."

Sebab hati yang sunyi takkan terubat dengan material...