Petua Membersihkan Hati
PETUA MEMBERSIHKAN HATI
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya ALLAH jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad Saw paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya ALLAH cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.
17. Pesan pada orang, jadi baik.
18. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya). Jangan dengar orang mengumpat.
11 Comments
NIce sharing =)
ReplyDeleteterima kasih abg kie.. abg kie, boleh tak buat entry bagaimana nak bantu anak untuk kuasai BI.. :D :D :D
ReplyDeletealhamdulillah, thanks for sharing...
ReplyDeleteTerima kasih Abam Kie atas perkongsiannya. Boleh dimulakan lagi-lagi hendak masuk Ramadhan ni
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Pastinya bermanfaat.
ReplyDeleteNombor satu amat penting
ReplyDeleteterima kasih sharing bermanfaat.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ni AK
ReplyDeleteTq share
ReplyDeleteBukan senang nak buat baik tapi boleh diusahakan bersama2 inshAllah :D
ReplyDeleteTerima kasih Abam Kie.
ReplyDeleteYang ke 15 tu saya nak cari....
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.