Assalamualaikum. Abe Kie selalu juga akan join GA atau contest terutama sekali jika dijemput oleh si penganjur. Pada bulan lepas terbuka pintu hati untuk join mini GA anjuran blogger Syazni Rahim. Alhamdulillah pada awal Mac tempohari, Syaz Rahim bagitahu yang abe kie terpilih sebagai salah seorang pemenang GA beliau. Gembira tak terkata rasanya. Untuk maklumat lanjut boleh je semak entri berikut ye... 

https://www.syaznirahim.com/2025/02/pemenang-sr-mini-giveaway-2025.html

Baru minggu lepas ada terima kotak dari JnT. Seingat Abe Kie tak pernah order barang pun kat TikTok. Bila buka dapat sebotol sabun cecair 5 kg. Alhamdulillah. Terima kasih Syaz! Semoga Syaz dan famili akan dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera sokmo. Nanti boleh la basuh baju kotor yang bertimbun tu. Hehehe...

Jadi itu sahaja nak cerita tentang kemenangan GA yang bermakna dalam hidup Abe Kie ini. 

Selamat berpuasa dan beribadah sepanjang bulan Ramadhan ini.