Assalamualaikum. Pada minggu lepas Abam Kie ada menerima satu sampul surat. Dah lama tak terima surat atau apa2 pun kat dalam letter box tu. Teruja pulak nak buka sampul surat putih untuk mengetahui isinya. Rupa2nya ada satu buku mengandungi antologi gurindam nukilan rakan blogger iaitu Kak Paridah Ishak atau lebih dikenali dengan nama Kak PI. 

Yang bestnya Kak PI ada juga menyertakan sekeping kad raya. Happy sgt dapat kad raya tahun ini. Teringat zaman muda-muda dulu bila mana Abe Kie berkirim salam melalui kad raya dengan sahabat pena yang jauh di mata gitu. Kad raya ni ada nilai sentimental. Memang tak sama dengan ucapan digital yg diterima melalui Whatsapp atau media sosial yang lain.

Kepada Kak PI, Abam Kie ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kiriman antologi gurindam dan kad raya itu. Semoga Kak PI akan dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan tubuh badan yang optimum sehingga dapat dapat menyelesaikan ibadah puasa dengan jayanya. Aamiin.

 Sekali lagi saya ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin' kepada Kak PI sekeluarga.