Kisah pemuda diganggu syaitan
Pada entri kali ini izinkan saya berkongsi satu kisah benar tentang seorang pemuda yang diganggu oleh syaitan semasa beliau ingin solat berjemaah di masjid. Sila baca dan hayati pengajaran dari kisah ini, ok? Saya perolehi kisah ini dari Facebook semalam. Begini kisahnya...
Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu’ dan berjalan menuju masjid.
Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab,
“Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’
Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.
Lelaki muda bertanya, "kenapa menolak untuk masuk bersolat?" Lelaki pembawa lampu menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!
Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.
Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dgn selamat..’
++[MORAL]++ :
"Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut ."
7 Comments
kena contohi peribadi pemuda tersebut.. :)
ReplyDeleteterima kasih sebab berkongsi artikel ni ye :)
@Boni: pemuda sedemikian sukar dicari skrg...u r welcome. tq sbb follow blog abg jd abg follow back. Hapy Blogging!
DeleteSangat indah pengajaran yg boleh diambil dari N3 ini.
ReplyDeletebetul tu. semoga kita semua dpt pengajaran pd hari ini..
Deletebesar sungguh ganjaran pemuda itu kerana niat dia yang mulia...patut menjadi pengajaran kpd kita semua..tksh ..info yg sgt berguna..
ReplyDeletesama2 kak Nora. hanya Allah yg dpt membalas kebaikannya. Amin..
Deletewaalaikumussalam. terima kasih kongsi cerita ni. dapat ilmu berguna harini
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.