Salam kepada kawan-kawan Daddy Zuki yang budiman…

Sebelum ini, apabila kita perlu ke bank untuk menyelesaikan urusan yang patut seperti pengeluaran wang, memindah wang, menunaikan cek dan sebagainya pasti ramai diantara kita yang mengeluh. Bukannya apa. Sebab pertama pelanggan yang menunggu giliran memang la ramai. Kedua kerani bank tu sedikit dan mana yang ada pun buat kerja perlahan macam kura-kura. Ketiga kita terpaksa meredah kesesakan jalan raya, mencari tempat parking dan menghabiskan masa yang lama.

Zaman berlalu, sekali air bah sekali pantai berubah begitu juga dengan teknologi perbankan di Malaysia sekarang. Kalau dulu kena tunggu nombor kita dipanggil sampai berjanggut tapi kini semuanya mudah! Bank Islam antara Institusi Perbankan yang unggul di Malaysia dan kini selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Transaction at Palm (TAP) iaitu sistem yang memudahkan pelanggan  berurusan dengan bank.

Apa itu TAP?

TAP atau Transaction at Palm merupakan teknologi inovasi kad pintar yang sama seperti menu mesin ATM kini boleh diakses melalui telefon mudah alih anda. Jadi para pelanggan tidak perlu ragu–ragu untuk menggunakan aplikasi terbaru ini.

Antara kemudahan TAP adalah pengguna tidak perlu akses internet untuk menggunakan aplikasi terbaru ini dan juga sesuai untuk semua rangkaian dan jenis telefon bimbit. Pengaktifan TAP adalah melalui telefon mudah alih yang menyokong SIM Tool Kit (STK)  dan tidak menerusi online banking semudah ABC. Selagi ada rangkaian, selagi itulah TAP menceriakan hidup anda.Untuk melanggan servis ini, kawan-kawan hanya perlu ke mana-mana cawangan Bank Islam terdekat dan mengisi borang. Caj yang dikenakan cuma RM8 setahun. Selepas itu kawan-kawan akan diberikan microchip yang perlu dilekatkan kepada simcard telefon kawan-kawan. Gotcha! Barulah servisnya aktif. Biasanya kerani bank akan mengajar kawan-kawan bagaimana untuk set kata laluan. Ada dua kata laluan yang perlu diset. Apa yg menarik, pertanyaan baki akaun adalah PERCUMA untuk 3 kali sehari dan HANYA sebanyak RM0.30 pada transaksi yang ke 4 dan seterusnya.

Antara paparan menarik yang terdapat melalui TAP adalah pertanyaan baki, pemindahan akaun, pembayaran bil, topup prepaid (celcom, maxis dan digi) manakala pembayaran pinjaman, pembayaran kad kredit dan juga kiriman wang kepada akaun di bank yang sama atau bank yang lain (IBG) juga disediakan. TAP memberikan keselesaan tanpa batasan mahupun anda jauh beribu batu sekalipun. Mudah kan?

Kemudahan TAP ini sememangnya memudahkan urusan harian Daddy Zuki kerana bukan sekadar boleh melakukan pemindahan dalam talian malahan boleh membayar bil air, elektrik, astro dan juga bil telefon hanya dihujung jari anda sesuai dengan misi TAP ‘’We are where you are’’. Cuma TAP jari anda dan semuanya Done!

Dengan TAP, Daddy Zuki tidak lagi perlu menghabiskan masa yang lama berada di bank kerana aplikasi TAP memudahkan saya berurusan dengan pantas di mana jua saya berada mahupun di bilik air!

Jadi apa lagi? Cepatlah ke Bank Islam yang berdekatan atau layari www.bankislam.com.my.