Atasi masalah air di Kelantan dengan telaga tiub
Masalah air di Kelantan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah besar ini. Pertama, jumlah penduduk yang semakin meningkat. Biasanya orang-orang Kelantan yang bekerja di luar negeri akan balik membina banglo di kampung masing2 bila hampir bersara terutama sekali kakitangan kerajaan. Kedua, pam air yang ada di loji2 di seluruh negeri sudah tidak mampu menampung bebanan air untuk diproses. Ketiga, berlaku kebocoran paip yang menjejaskan simpanan air di tangki2 utama.
Di daerah saya, Tanah Merah, masalah ini terus berlaku tetapi tidaklah seteruk Pasir Mas dan Tumpat. Namun kesabaran saya ada batasnya kerana pada Hari Raya Puasa tahun lalu tekanan air menjadi terlalu rendah. Cuma satu paip sahaja yang boleh dibuka pada sesuatu masa. Jika mahu menggunakan mesin basuh kenalah tekan suis selepas tengah malam. Sekiranya saya mahu mandi terpaksa menadah air di dalam tong hitam sehingga penuh kerana air tidak naik ke 'shower'.
Selepas cuti raya saya membuat temujanji dengan kontraktor telaga tiub atau lebih dikenali dengan air bowring. Oleh kerana permintaan yang tinggi, permohonan saya mungkin akan dilaksanakan sebelum Hari Raya Haji. Seminggu sebelum Aidil Adha kontraktor boring datang ke rumah untuk menggali lubang bagi mencari mata air. Proses menggali ini mengambil masa sehingga Maghrib. Namun air yang keluar berbau payau dan berwarna keruh kerana tapak rumah saya dahulunya ialah sawah padi.
Nampaknya saya terpaksa membeli penapis air luar yang diletakkan di bawah tangki bagi menapis air agar boleh diminum. Mujurlah adik tiri saya menjual dan memasang penapis air ini. Selain dari membeli penapis air, saya juga perlu membeli pam air dan saluran paip bagi menyedut air dari telaga tiub itu ke tangki dan paip dalam rumah. Hampir RM3000 juga saya belanjakan untuk semua peralatan dan upah.
Kini rumah saya menggunakan air dari telaga tiub sepenuhnya. Mungkin airnya tak sejernih AKSB tetapi bekalan yang berterusan dapat memastikan saya dan keluarga melakukan kerja-kerja seharian tanpa gangguan. Namun begitu bekalan AKSB tidak dipotong. Manalah tahu kalau pam air tu rosak, bolehlah saya bergantung kepada air paip tu.
Apa komen kawan-kawan tentang masalah air di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya?
Sekian. Terima kasih.

21 Comments
banyakkan sabar, memang susah jika kurang air, ada ja masalahnya...
ReplyDeleteSangat bersimpati.
ReplyDeleteBaru-baru ni kami di Selangor pun 3 minggu ada gangguan air pun dah jenoh dan rasa perit..
salam
ReplyDeleteMemang air di kelantan makin teruk. Rumah kedai saya kat pasir mas yg baru siap pun terpaksa guna enjin utk pam air dari tingkat bawah ke tingkat atas. Tingkat atas langsung air tak naik. adoii ..
So utk atasi masalah air tak naik, sy terpaksa beli satu tangki letak kat bawah. Air tangki tu guna air direct AKSB. Enjin diguna utk sedut air dari tangki bawah ke tangki atas .. so dapat selesai le masalah tu. Cuma harap harap air direct tu tak putus ..
Mulanya nak guna 'boring' tapi bila risik jiran jiran, air sana ada yg payau .. so tak jadi..
byk negeri yg ada mslh air ni...dahlah sumber terpenting plak tu
ReplyDeleteEtuza: saya dah byk bersabar ni abe..
ReplyDeleteazieazah: masalah air mmg berlaku di mana2...
ReplyDeleterashid: sama2 la kita bersabar...air kelate ni x de kesudahannya..
ReplyDeletekimi: air ialah perkara asas tp ramai yg x ambik peduli akan air tu mengalir sokmo di umah kita..
ReplyDeletekesian daddy... masalah air mmg selalu berlaku... di terengganu alhamdulillah belum pernah lagi tampat deno ada masalah air.. semoga daddy bersabar dengan dugaan ini.. sabo byk2 daddy ya...
ReplyDeleteKimi: meme ada pemimpin negeri yg x pedulikan masalah air para penduduknya...
ReplyDeletedeno: dah byk bersabar pun..Ganu air byk dari tasik kenyir..
ReplyDeleteSalam, Saya mempunyai sebuah Homestay di Tanah Merah. Masalah air pada mula beroperasi dulu agak memeningkan saya. Fikir punya fikir, apa yang saya buat adalah hampir sama dengan komen EN Rashid diatas. Saya sediakan satu tangki diatas tanah dan dari tangki ini saya gunakan pam untuk isikan air didalam tangki diatas bumbung. Disamping itu saya juga ada sebuah perigi untuk backup sekiranya air bermeter tidak ada. Detail info ada di http://famiha.blogspot.com/ Alhamdulillah masalah selesai walaupun ramai sekali yang menghuni pada satu2 masa. Biasanya rombongan perkahwinan...Syukur pada Allah yang memberikan ilham bagi menyelesaikan masalah ini. Saya yakin sangat berkesan untuk gunakan sistem ini dirumah. Saya juga telah membuat satu lagi sistem yang sama untuk kegunaan di rumah ibu di Pasir Mas...Alahmdulillah selesai masalah....Wslam...
ReplyDeleteCam ner anda atasi masalah air boring yg berbau? Blh sharing idea?
ReplyDeletesama le camana nak atasi
DeleteBlh jelaskn cara nk atasi masalah air boring yg bbau?
ReplyDeleteya mohon pertolongan
DeleteAsSalam,
ReplyDeleteBagi menjawab soalan M.C.M.Z, Bagi menghilangkan bau, anda boleh gunakan kaedah penapisan semulajadi. Jika merujuk kepada sistem penapisan di Homestay saya diatas, Tangki 2 digunakan sebagai sistem penapis untuk menghilangkan bau. Didalam tangki ini mengandungi beberapa lapisan. Lapisan dibawah sekali adalah lapisan batu kerikil setebal 6 inci. Diatas lapisan batu kerikil ini adalah lapisan pasir halus setebal sekurang-kurangnya 12 inci. Diatas lapisan pasir halus ini diletakkan lapisan arang setebal 6 inci dan diatas lapisan arang ini diletakkan lapisan pasir sekali lagi setebal 3 inci. diantara setiap lapisan ini diletakkan jaringan halus yang memisahkan setiap lapisan ini.... InsyaAllah air yang keluar dilapisan bawah tangki ini sangat jernih dan tidak berbau kerana bau air itu telah diserap oleh arang serta pasir....itu secara ringkasnya...tk
salam, saya ada bangunkan sistem penapisan air bawah tanah ini. Kosnya bergantung kepada apa yang tuan-tuan telah sedia ada di rumah. Saya buat di rumah saya dan saya dan air itu boleh di munum terus. Rumah saya setakat ini tidak bergantung kepada bekalan air kerajaan. boleh email saya jika berminat. wanfaizal72@gmail.com.
ReplyDeleteLetak no phone terus bro,,,, lagi senang
Deletenbr talipon?
ReplyDeleteterima kasih atas entri ini. terjumpa dari google..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.