Pada hari Sabtu, 2 Februari lalu berlangsunglah Kejohanan Merentas Desa MSSD Tanah Merah 2013 yang diadakan di SK Sri Suria 3. Ini kali kedua sekolah ini dipilih sebagai tuanrumah kejohanan bagi sekolah menengah ini. Pada kali ini hampir 15 buah sekolah menengah termasuk SABK mengambil bahagian. Sekolah Daddy diwakili oleh 34 murid-murid, iaitu 17 lelaki dan 17 perempuan. Kami telah menjalani latihan intensif sejak pertengahan bulan Januari lagi dibawah kendalian ketua jurulatih daerah, En. Azahar.

Kami bertolak dari sekolah pada jam 7.45 pagi dan murid-murid ini diiringi oleh 7 orang guru iaitu En. Zuki, En. Roslee, En. Azahar, Pn. Sarinah, Pn. Jaiton, Puan Shuhada dan Puan Mahizan. Kami pergi membawa impian untuk memperbaiki catatan pada tahun lepas yang kurang memberangsangkan.

Kejohanan cuma bermula pada jam 9.20 pagi iaitu 50 minit lewat dari jadual yang telah ditetapkan.Peserta-peserta kategori 15P dilepaskan dulu diikuti oleh 18P, 15L dan 18L. Semua kategori akan berlari sejauh 5.7km kecuali jarak untuk kategori 18L iaitu 7.5km.

Selepas semua peserta dilepaskan kami menunggu dengan debar siapa yang akan sampai dulu ke garisan penamat. Sementara menunggu mereka tiba, Daddy dan kawan-kawan pergi bersarapan di kedai kopi berdekatan.

Baru sahaja kami meminum kopi tiba-tiba kami ternampak kelibat budak perempuan berlari pantas ke garisan penamat! Tengok nombor peserta di dada dan belakang tu macam kenal aje? Rupa-rupanya pelari dari sekolah Daddy yang tiba dahulu! Gembira sungguh tak terkata. Selepas itu seorang demi seorang peserta tiba dan akhirnya larian tamat pada jam 11 pagi.

Peserta-peserta sekolah Daddy yang telah menerima pingat pada kejohanan berkenaan ialah seperti berikut:

15P

1. Nur Jannah (Emas)
2. Memey (Gangsa)
3. Zafirah (Keenam)

15L

1. Syarifuddin (Keenam)

18P

1. Intan Shahirah (Gangsa)

18L

1. Shahizwan (Gangsa)
2. Hafizi (Keempat)

Tahniah kepada mereka yang berjaya! Lepas ni Daddy akan beri angpau la buat belanja.... Kepada yang gagal cuba lagi pada tahun hadapan.