Azam Tahun Baru : Mencukupkan Perbelanjaan Mengerjakan Haji
Assalamualaikum. Macam-macam azam tahun baru yang ada. Diharapkan azam tahun lepas sudah diselesaikan sebelum membuat azam tahun baru 2014. Bagi saya, azam tahun baru 2014 ialah mencukupkan baki akaun Tabung Haji. Saya sudah menabung di dalam Tabung Haji sejak 1986 iaitu semasa di Tingkatan 1. Selepas bekerja saya membuat potongan gaji tetapi duit dalam akaun tersebut selalu dikeluarkan kerana ada banyak keperluan semasa muda seperti belanja perkahwinan, mengubahsuai rumah, membayar insuran kereta dan melancong.
Namun sejak tahun 2012 saya bertekad tidak akan sekali-kali mengeluarkan duit dari sana lagi kerana saya sudah mendaftar untuk mengerjakan haji. Pendaftaran boleh dibuat apabila mencapai baki minima RM1300 yang perlu dikekalkan sehingga mengerjakan haji.
Saya menyimpan RM350 sebulan semenjak itu. Sehingga tarikh artikel ini ditulis saya sudah menyimpan sebanyak RM6832.19. In sha Allah, setahun dari sekarang baki akaun saya akan melepasi perbelanjaan mengerjakan haji iaitu RM9980.00. Saya juga menyimpan untuk anak-anak melalui potongan gaji. Duit simpanan mereka akan digunakan untuk membiayai pendidikan mereka kelak.
Melihatkan beberapa kawan batch SMACH90 yang sudah mendapat panggilan Baitullah menguatkan azam saya untuk ke sana juga. Kata mereka masa mudalah waktu yang sesuai untuk ke sana kerana ibadah haji memerlukan tenaga yang banyak. Memanglah betul kata mereka itu. Tetapi kalau ikut giliran, saya cuma akan ke sana pada 2065. Masa tu umur saya 92. Kalaulah panjang umur bolehlah ke sana. Kalau mati dulu? Kempunanlah saya. Tapi saya pasti jika jumlah duit sudah mencukupi, In shaAllah kebarangkalian untuk ke sana lebih awal akan terlaksana.
Apa komen kawan-kawanku yang budiman? Terima kasih.
13 Comments
semoga hajat tu terlaksana.. saya masih belum mendaftar pun dengan tabung haji... adeyhhh....
ReplyDeleteselamat tahun baru.. semoga azam yg mulia tersebut tercapai...
ReplyDeleteteman pun teringat nak gi sana.. teruja tengok orang yang dah sampai kesana..
ReplyDeleteInsya Allah hajat yg baik pasti dimakbulkan Allah swt..jemput follow blog saya yang tak seberapa itu..;)
ReplyDeletehttp://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
Alhamdulillah semoga tercapai hajat dihati...Aminn!!!
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeletesemoga apa yg dihajati trcapai. InsyaAllah.
ReplyDeleteinsyAllah, semoga niat yang baik ini tertunai jua. Amin.
ReplyDeleteNiat yg baik...Insyaallah, akan Allah permudahkan. Semoga tercapai azam anda.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteInsyaAllah akan sampai hajat dan dipermudahkan Nya...
InsyaAllah akan dipermudahkan. Bila saving dh cukup kdg2 rezeki kita tabung haji akan panggil awal
ReplyDeletetahun ini mama berazam nak mendaftar haji juga, tapi tabungan untuk mendaftar belum cukup... tu harapan mama untuk menjejakkan kaki ke sana, semoga niat kita dipermudahkan Allah.. :)
ReplyDeleteJika difikir, macam tak logik giliran pada tahun 2065. Pengajarannya, bila dapat panggilan menjadi tetamu Allah mengerjakan haji, buatlah yang terbaik. La ni orang ramai, kuota haji pula terhad. Pergi kali pertama, belum tentu dapat pergi kali kedua.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.