Bagaimana nak buat gaji sentiasa cukup?
As salam dan selamat pagi tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian.
Sempena Hari Terima Gaji utk orang kerja kerajaan dan swasta (awal bulan), Abe Kie nak kongsikan petua bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?
Bersama ini Abe Kie sampaikan pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:
1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!
2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!
5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!
7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2
* moga bermanfaat pada semua *
12 Comments
Berguna utk sy nnt..skrg ni pon sy dh aturkan dh perbelanjaan bulanan sy..huhu
ReplyDeleteBoleh share?
ReplyDeleteboleh membantu kita ni abg kie..
ReplyDeletepanduan dan tips yang sangat bermanfaat untuk menjadikan sebagai amalan kita...
ReplyDeletesemoga pendapatan yang sikit atau banyak mendapat berkat..
tips yg sngat bguna bro..sedekah dan jgn kdekut..insaallah duit akn berkat..
ReplyDeleteIn shaa Allah.. mudah2an pendapatan yg kita perolehi sentiasa berkat & mencukupi utk kehidupan kita.. aamiin..
ReplyDeleteInsya Allah akn dipraktikkan... ;)
ReplyDeleteentri yang best! betul dan setuju dengan entri ni.. errmm.. peringatan untuk diri sendiri juga
ReplyDeletekeberkatan dalam sumber rezeki mampu buatkan jumlah income yang cukup-cukup makan pun sudah cukup :)
ReplyDeleteHeheh...Abak tak kerja lagi.tringinnya nak dapat gaji..hahaha..
ReplyDeleteadoyai!!
Biar sikit, asal berkat...
ReplyDeleteBerkat mendatangkan qana'ah (rasa cukup).
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.