Tukar kad debit Visa payWave di BSN
Pada akhir tahun 2013 saya membuka akaun BSN di cawangan Tanah Merah, Kelantan. Sememang dulunya saya ada akaun Giro sejak di sekolah menengah hingga ke dunia pekerjaan. Tapi 10 tahun lepas saya tawar hati untuk berurusan di BSN kerana perkhidmatannya yang perlahan. Tambahan pula cawangannya selalu dipenuhi pelanggan. Tetapi pada 24 Dis lalu tidak ramai pula orang di cawangannya.
Selepas mengisi borang saya menyerahkan deposit berjumlah RM50 dan salinan kad pengenalan kepada kerani bertugas. Dia nampak mesra dan cekap. Muda dan ayu lagi! Dalam 10 minit siaplah akaun simpinan Giro-i dan kad BSN Matrix.
Namun sekembalinya ke rumah saya terbaca tentang kad debit Visa pelbagai aplikasi (lima dalam satu) yang disambungkan terus kepada akaun simpanan BSN di laman web BSN. Hairan juga kenapa kerani tadi tak buat kad ini terus kepadaku? Huh! Ini tak boleh jadi. Pada 30 Disember saya ke BSN sekali lagi untuk memohon kad berkenaan. Leceh tul sebab kena fotostat IC dan isi borang sekali lagi. Tak apalah, sebab kerani di meja perkhidmatan pelanggan tu terlalu peramah dan cantik maka saya buat aje la... hehehheehe
Setelah selesai saya menyerahkan segala dokumen kepada kerani lelaki di kaunter. Orangnya muda dan mesra. Mungkin dasar BSN mengambil pekerja yang muda, jelita dan kacak untuk menggalakkan pelanggan datang berurusan di kaunter kot? Hahahahahah.. Tak sampai 10 minit kad debit Visa payWave saya pun siap!
Mengikut kata kerani BSN tersebut, kad debit Visa payWave mengandungi ciri keselamatan seperti dasar liabiliti sifar yang melindungi pemegang kad daripada sebarang pembelian palsu atau tanpa kebenaran termasuk had pembelian yang boleh ditentukan serta pembaharuan urus niaga menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Tambahnya lagi, dengan ciri teknologi kad tanpa sentuh, pemegang kad boleh membeli dengan mudah, cepat dan terjamin tanpa perlu nombor pengenalan peribadi mereka atau tandatangan.
Kad Debit Visa BSN ini dilengkapi dengan kemudahan seperti MEPS, Touch n Go, PLUSmiles dan program kesetiaan BCard dan satu-satunya kad seumpamanya direka bagi memenuhi keperluan pasaran terhadap gaya hidup bebas hutang.
Selain itu, produk ini unik kerana memenuhi misi BSN bagi memupuk tabiat berjimat cermat dan menabung dengan menawarkan pulangan tunai 0.5 peratus tanpa had kepada pengguna untuk semua urus niaga.
Penukaran kad adalah percuma sehingga 31 Januari 2014, ditawarkan dalam skim konvensional dan Islam. Sempena pelancaran produk berkenaan, bank menganjurkan kempen bermula Disember 2013 hingga Februari 2014, dengan menawarkan peluang kepada pemegang kad memenangi hadiah kereta BMW 118i dan tunai khas sebanyak RM20,000.
12 Comments
Wahh canggih sekarang ni
ReplyDeleteakaun BSN aiza sudah tidak aktif dan ditutup.. sekarang aiza guna debit kad untuk cimb sahaja..
ReplyDeletewah...bagusnye ciri terbaru kan..lebih safety
ReplyDeletedulu ade gak kad giro..skrg dah x pakai
yg x tahan part kaunter jelitawan n kacak tuuu..hahaha
Kalau dpt menang kereta best tu...salam maulidurasul
ReplyDeleteSalam daddy, Farah sihat, Alhamdulilah... Baby namanya Iman Firash Bin Husaini...tak apa lepas ni Farah akan selalu2 datang jenguk daddy yer... Daddy sihat?
ReplyDeletesaya memang guna kad visa debit (bukan BSN). senang nak beli barang, isi minyak. kat mana-mana kedai perabot, kain baju pun ada mesin tu. tak yah bawa cash dan yang penting tak berhutang.
ReplyDeletep/s yang ramai kakitangan veteran berurusan di kaunter, kaunter kerajaan je...napelah depa tak letak yang muda kat front desk ya, haha. barulah orangramai tak banyak komplen
Bunda masih setia dengan BSN...
ReplyDeleteZaman skarang sngat snang...
ReplyDeletebangga jadi warga BSN KELANTAN ! dapat serve customer dengan baik ! We take this as compliment :)
ReplyDeleteNak tanyaa...cmna kalo purse ilang..pncuri boleh gunakan kad tu ke?
ReplyDeleteNak tanyaa...cmna kalo purse ilang..pncuri boleh gunakan kad tu ke?
ReplyDeleteKad bsn saya lama tk di tukar baru adakah dpat di tukar baru... Lama kad bsn tdak tukar lbih 8 tahun mcm tu
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.