Hadiah novel dari Cik Akak
Assalamualaikum. Pada minggu lepas Abe Kie menerima bungkusan berdaftar dari Cik Akak yang berada di Sibu, Sarawak. Itu adalah hadiah novel kerana Abe Kie menjadi pemenang bertuah dalam satu segmen yang dianjurkan oleh Cik Akak tahun lepas. Segmen tersebut ialah Segmen Follow April hingga Disember 2013. Sebenarnya pengumuman keputusan pertandingan itu dibuat tahun lepas tetapi memandangkan Cik Akak sibuk menguruskan perkahwinan adiknya maka dia lewat sikit mengirimkan novel itu. It's OK sebab Abe Kie faham akan situasi Cik Akak ini.
Berbalik kepada novel ini. Memang jalan ceritanya lucu dan penuh sindiran. Setakat ini Abe Kie baru je abis baca bab 1. In sha Allah pada cuti sekolah minggu depan maka keseluruhan novel ini akan habis dibaca. Lagipun anak sulung Abe Kie suka membaca novel ni. Pasti dia yang lebih cepat menghabiskannya.
Berbalik kepada Cik Akak yang berasal dari Sibu, Sarawak ni. Dia mula menulis pada lewat 2012. Hampir serentak dengan Abe Kie namun kepopularan blog beliau jauh meninggalkan blog Abe Kie. Maklumlah, dengan kecantikan, keramahan dan budi-bahasa Cik Akak menyebabkan ramai orang ingin menjadi follower dan membaca blognya setiap hari. Follower blog Abe Kie cuma bertambah jika Abe Kie join segmen ramaikan follower dan blog list aje. Huhuhuhu.
OKlah. Cakap banyak tak guna. Abe Kie update blog ini dari atas padang sekolah sambil menyaksikan anak-anak murid bertanding. Yezza! Satu lagi pingat emas diperolehi. Syukur kepada Allah.
28 Comments
ade tak abe kie gelak tergolek bila baca novel ni?? heehehehe....
ReplyDeletetak pernah nampak novel ni... bule usah2...macam best je
ReplyDeleteTahniah Abe Kie
ReplyDeletegelak sampai tergolek... tajuk pun dah kelakar... kena baca ni. Kasi happening sikit hidup!
ReplyDeletedah habis baca nanti buat review pasal novel tu hihi
ReplyDeleteramai gak orang review pasal novel ni, kena beli la, projek cuti skolah ni adalah membaca novel sampai pengsan ! hehehe
ReplyDeletemohon abe kie lepas abis baca, uplod kisah cite tu dalam blog. hehe
ReplyDeletetahniah a.kie..:)
ReplyDeletetahniah...mesti best novel gelak tergolek ni...bukan senang menulis novel yg boleh buat tergolek gelak membacanya...
ReplyDeleteTahniah, Cikna dah pernah baca novel ni mmg bestla, SEMPOI.........;-)
ReplyDeleteKadang kala kita perlu memahami situasi orang lain. Kalau dah rezeki...InyaAllah, tak kan kemana.
ReplyDeletewah tajuk novel yg gempak tu.. abe kie ade gelak tergolek tak bace novel nie?heheh..btw thniah.. :)
ReplyDeleteTahniah ! minggu depan boleh lah pulun habis membacanya ...
ReplyDeleteTahniah Abe Kie...klu Abe Kie x suka..kasi noe yer...hahaha
ReplyDeleteTahniah...
ReplyDeleteTahniah!
ReplyDeletetahniah..bestnya dapat novel..
ReplyDeletesyaa pun baru baru ada menang novel juga. hehehe btw, tahniah abekie
ReplyDeleteNanti dah abis baca bolehlah share kat entri AK yer...
ReplyDeleteNanti boleh sama2 kita tergelak tergolek..hihi.. :)
Alhamdulillah... tahniah Abe Kie.. jngn gelak smpi tergolek pula bila membacanya sudahlah hehee.. :D
ReplyDeleteSeronoknya dapat hadiah menang GA dsb... saya bab random atau cabutan bertuah ni memang tak pernah lagi lah sehayat hidup dapat... hahahaha... Kecuali orang dah plan semua yang hadir ada hadiah cuma buat-buat cabutan jer macam Kelab Staff kat Sekolah buat masa jamuan akhir tahun ahahahaha... Tu pun kat sekolah saya, saya yang mulakan sebab nak jugak hadiah ahahahaha :D
ReplyDeletetahniah cekgu.. >_<
ReplyDeleteAlhamdulillah..& tahniah AK...Sambil menabung INTI kat sini..
ReplyDeleteTahniah Abe Kie..
ReplyDeleteAlhamdulillah..Tahniah ya Abe..anak2 sy pun suka baca buku mcm ni..^-^
ReplyDeleteWah.. Tahniah Abe Kie... dapat hadiah menang segmen yer.. :D
ReplyDeleteAbe Kie, minggu cuti sekolah sudah pun bermula. Selepas Abe Kie selesai membaca novel ini, saya harap Abe Kie boleh buat entri berkenaan novel ini pula :)
ReplyDeleteTahniah...wah bestnya dapat hadiah novel...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.