Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Tanah Merah 2014
Assalamualaikum. Pada 17 hingga 19 Mac lalu berlangsung Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Tanah Merah 2014 di SMK Alor Pasir. Pada kali ini sekolah Abe Kie menghantar 33 orang atlit dan 7 orang guru pengiring. Abe Kie sendiri bertindak sebagai pengurus pasukan sejak 2006. Setelah berlatih selama tiga minggu tibalah masanya untuk atlit2 sekolah Abe Kie membuktikan kehandalan mereka di padang dan trek.
Pada hari pertama kami memperolehi tiga pingat emas sahaja. Ini sedikit merimaskan Abe Kie kerana beberapa acara yang disandarkan pingat emas terlepas begitu saja. Mujurlah Shah Rizal memungut dua pingat emas dalam acara lempar cakera dan lontar peluru 18L biarpun terpaksa menanggung ketidakselesaan kerana penyakit kulit yang dialaminya. Dia tidak sekalipun turun berlatih. tetapi kerana semangatnya yang membara untuk membantu sekolah maka dia mengetepikan segala rintangan itu. Nor Shafika pula menyumbangkan emas ketiga dalam acara lontar peluru 15P.
Pada hari kedua sekolah Abe Kie mendapat lima lagi pingat emas iaitu dalam acara lontar peluru dan rejam lembing 15L, rejam lembing 18L dan 15P dan 1500M 15P. Masing-masing disumbangkan oleh Azim, Hakimi, Tengku Khairul, Nor Shafika dan Mazzuin.
Pada hari terakhir sekolah SMKDMPR2 memperolehi dua lagi emas menerusi Hakimi dalam acara lempar cakera 15L dan pasukan 4 X 400M 15P. Secara keseluruhannya sekolah Abe Kie mendapat 10 emas, 8 perak dan 7 gangsa untuk menduduki tempat ketiga keseluruhan.
Abe Kie berharap atlit-atlit yang ada akan menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila mewakili sekolah pada tahun hadapan dan seterusnya terus mengharumkan nama SMKDMPR2. In Sha Allah.
16 Comments
Balas kunjungan ke bw blog Abe Kie. Nak follow ni, tp x lepas lah pulak. Hihihi...
ReplyDeleteAbe Kie ni cikgu a.k.a coach ker?
Tahniah Abe Kie...pencapaian yg membanggakan. Semangat Shah Rizal pula sgt menyentuh hati.
ReplyDeleteBagaimana dgn result SPM sekolah Abe Kie?
Kejayaan seusutu pasukan terpulang pada semangat, latihan yang cukup dan bimbingan padu dari tenaga pelajar juga...
ReplyDeletetahniah..:)
ReplyDeletetahniah Abe..tringat zmn skola dl cukup brsmgat bila nmpk cikgu2 brsmgat bgi sokongan..
ReplyDeleteThaniah Abe Kie utk keseluruhannya , teringat sy masa umur 15thn sumbangkan pingat emas acara balapan 500m utk sukan sekolah hihii..
ReplyDeleteSeronok tengok Abe Kie enjoy the stuff you are doing... kerja menanam semangat juang dan jatidiri dalam anak remaja memang seronok walaupon mencabar sebab sesetengah dorang masih tak tahu potential diri dorang... atau tak fight to the maximum :D
ReplyDeleteGambatte Abe Kie!!
Tahniah Abe Kie.. mmg membanggakan.. :)
ReplyDeletetahniah...tgok result kat ats memberangsangkan..:P
ReplyDeleteTahniah abe kie..
ReplyDeletesinggah sebentar.. heee.. nak baca entri yang abe kie suruh baca lepas jam 9 malam tu pasal kes nape blogspot masalah tu.. heee..
ReplyDeleteTahniah.. guru semuanyaa boleh
ReplyDeletelama cik ina tak singgah sini... wah tahniah SMKDMPR2 dan juga kepada pengurus pasukannya.....
ReplyDeleterejam lembing tu mesti memerlukan kekuatan balingan yang kuat kan..
ReplyDeleteAssalammualaikum...abe kie,
ReplyDeleteSemoga acara sebegini mengharumkan nama SMKDMPR2...
mselim3
Tahniah kepada sesiapa yang menang.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.