Mengambil keputusan SPM sekolah di PPD
Pada hari Khamis, 20 Mac 2014 keputusan SPM diumumkan di seluruh negara. Abe Kie dan 2 guru lain bersama pengetua telah pergi ke PPD Tanah Merah untuk mengambil slip keputusan SPM tersebut. Puan Pengetua telah menerima sampul berisi slip keputusan SPM 2013 dari Penyelia Peperiksaan PPD dan Abe Kie pula diberikan penghormatan untuk membuka sampul surat besar berkenaan.
Setelah dibuka terkejut juga kami kerana seorang pelajar mendapat straight As iaitu 11A dan tiga calon lagi mendapat 10A. Gred Purata Sekolah (GPS) kami ialah 4.60 iaitu yang terbaik di daerah Tanah Merah. Pengetua bersyukur dengan pencapaian yang memberangsangkan ini kerana pada tahun lepas kami menduduki tangga kelima.
Tapi Abe Kie bersedih dengan peratusan lulus Bahasa Inggeris yang turun kepada 70% berbanding 74% pada tahun sebelumnya. Cuma dua orang mendapat A untuk subjek ini. Rasanya Abe Kie sudah mencuba sehabis baik untuk membantu murid2 kelas 5 Sains 1 (kelas pertama) dan 5 Kr (kelas tercorot) tapi rasanya kejayaan itu belum berjaya dikecapi. Namun demikian Abe Kie bersyukur kerana semua pelajar dalam kelas 5 Sains 1 berjaya mendapat sekurang2nya gred C dalam subjek ini, bermakna mereka layak memohon ke program matrikulasi KPM. Pada tahun sebelumnya beberapa orang pelajar 5 Sains 1 gagal mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris. Bagi kelas 5 Kr pula, dua orang lulus subjek Bahasa Inggeris berbanding semua gagal pada SPM 2012. Bukankah itu dinamakan peningkatan kan?
Secara amnya Abe Kie kena berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memastikan pencapaian subjek BI akan meningkat pada masa hadapan. Pray for me please.. Thank you in advance.
15 Comments
mereka pon dah cube yang terbaik...
ReplyDeletetahniah kepada mereka y berjaya..& para guru y bertungkus lumus mengajar mereka..
ReplyDeleteWah, saya gerun. Anak saya baru nak UPSR pun, kami sekeluarga dah tak tentu arah rasanya.
ReplyDeletetahniah kpd mrk yg berjaya n kejayaan pelajar2 adalah kejayaan guru2nya juga...
ReplyDeletetahniah..:)
ReplyDeleteTahniah..pelajar Abe Kie dan cuba yang terbaik.
ReplyDeleteTahniah untuk kejayaan tu AK. Looks like lots of things to do. BI ni kena banyak membaca dan merkomunikasi. kena encourage dia orang dengan memperbanyakkan aktiviti didalam BI. Good luck ya!!!
ReplyDeleteTahniah diatas kejayaan cemerlang murid2 dan sekolah AK. Mungkin AK perlukan cara pembelajaran yg lebih komprehensif dalam meningkatkan pencapaian BI. Bukan mudah pelajar luar bandar utk mengusai BI, selalunya kurangnya komunikasi dan bahan dlm BI melemahkan mereka. Mentaliti belajar hanya utk lulus bukan sebagai keperluan...itulah yg perlu diubah. Semoga berjaya AK
ReplyDeleteBegitulah hati seorg guru. Anak didik bagaikan anak sendiri kalau boleh mahu cemerlang semuanya. Impian ibu-bapa juga kalau boleh nak anak cemerlang
ReplyDeleteApa pun tahniah dari kakak atas pencapaian yg kian baik. Insya-Allah tahun seterusnya kan lebih baik.
Idah doakan semuga DIA permudahkan segala usaha Abe Kie dalam mendidik anak2 bangsa ini seterusnya mencapai apa yang dihajati... :)
ReplyDeletesekolah saya tak ada sorang pun A+ english
ReplyDeletesangat2 menurun.
tahun lepas berpuluh puluh A+
=(
ada peningkatan... congrats...
ReplyDeletekena buat program yg consistent tu kut abe kie...
Congrats on the achievement.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tahniah diatas pencapaian tersebut!! Tahniah kpd mereka yg berjaya & teruskan usaha kpd yg gagal kerana kegagalan bukan pengakhiran utk segala2nya...
ReplyDeleteWalaupun turun kepada 70% dari 74%, saya ucapkan tahniah kepada Abe Kie berusaha mendidik anak bangsa.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.