Tukar tulisan Rumi kepada Jawi secara Online
Assalamualaikum. Tulisan jawi sudah mula dipinggirkan dalam dunia pendidikan apabila Menteri Pelajaran pada tahun 60an, Tan Sri Khir Johari memansuhkan penggunaan tulisan jawi dalam pengajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu. Biarpun masih diajar dalam skala kecil namun ia tidak dapat menarik minat murid-murid sekolah untuk menguasai tulisan ini. Sudahnya kaum Melayu semakin hilang wadah tulisan sendiri. Akhbar Utusan Melayu yang dulu menjadi sumber maklumat rasmi kaum Melayu era awal kemerdekaan akhirnya terpaksa gulung tikar.
Di sekolah menengah hari ni cuma ada tiga subjek yang memerlukan calon-calon SPM menjawab menggunakan tulisan jawi iaitu Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Sekolah Abe Kie menawarkan subjek2 ini kepada calon2 SPM.
Namun begitu dengan kepesatan dunia teknologi maklumat sekarang, sudah ada perisian dan laman web yang menawarkan penukaran tulisan rumi kepada jawi. Kawan2 bukan saja boleh menukar entri ini kepada tulisan jawi malah keseluruhan blog! Abe Kie betul2 kagum dengan
تراوجا
ترنسليتراسي رومي جاوي (TranslitERasi RUmi JAwi)
http://www.jawi.ukm.my/ yang merupakan salah satu web aplikasi untuk menukarkan tulisan rumi kepada jawi. Amat sesuai untuk pelajar sekolah agama dan pelajar-pelajar universiti. Selamat mencuba!
17 Comments
kat SP, ada dua sekolah (ren dan men)guna nama Khir Johari..
ReplyDeleteAl-hamdulillah, walaupun saya tidak bersekolah agama, tetapi saya masih boleh membaca dan menulis jawi.
ReplyDeleteaiza sendiri pun kini sudah tidak lancar membaca tulisan jawi.. semoga dengan wujudnya website sebegini dapatlah memudahkan kita menukarkan tulisan rumi kepada jawi..
ReplyDeletesuka membaca n menulis jawi tapi kalau xdijadikan kebiasaan susah juga nak lancar menggunakannya...ada perisian begini sgt membantu...
ReplyDeletebagus tu...thanks for sharing
ReplyDeleteThanks AK...Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk menulis dan membaca dengan agak baik...salam Jumaat ya!!!
ReplyDeletetahu dan belajar jawi kat rumah mase zaman budak2 dulu.. mak Fiza yang ajar..
ReplyDeleteMudahnya dgn online.....
ReplyDeleteJemput join GA oleh SW, bro Abe Kie: http://jejakasombong.blogspot.com/2014/03/5-tanda-patut-tinggalkan-je-perempuan-tu.html
terbaik...
ReplyDeleteada camni ye, baguslah
ReplyDeletetapi tak jumpalah URL tu
assalamualaikum..kunjungan balas..terima kasih sgt.
ReplyDeleteblog abe aki sgt informative.sayta follow =)
Binda pernah guna website itu untuk alih bahasa inggeris ke malay...
ReplyDeleteBagus ada aplikasi ini. Dah lama tak baca dan tulis jawi, skrg ni mesti merangkak2...
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah...noe masih boleh menulis dan membaca tulisan jawi...tapi sekarang di sek agama...semua dalam bahasa jawi..alhamdulillah..anak2 noe boleh membaca n menulis tuisan jawi...
ReplyDeletebagus adanya applikasi ni...
Alhamdulillah.. semoga bahasa jawi terus diperkasakan agar ianya tidak hilang ditelan zaman... aamiin.
ReplyDeleteSelain link yang Abe Kie bagi, saya biasa guna Penukar Aksara Rumi ke Tulisan Jawi Secara Atas Talian. Link nya ialah http://www.ejawi.net/converterV2.php?go=rumi
ReplyDeletesalam semua.
ReplyDeleteada 1 website yg agak menarik ttg rumi ke jawi
http://rumijawi.thats.im
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.