Pada cuti sekolah yang lalu abe kie banyak mendapat kad jemputan kahwin. Bila abe kie dah kahwin dengan cik ayang ni rezeki datang mencurah2. Alhamdulillah. Ada juga bekas pelajar dan kawan2 lama yg masih mengingati abe kie dengan melayangkan kad jemputan kahwin.


Pada hari Ahad pertama semasa cuti sekolah yg lalu kebetulan abe kie n cik ayg menerima jemputan ke tiga derah berbeza. Mula2 kami ke rumah Abang Yahaya, tok bilal Masjid Besar Tanah Merah. Anak gadisnya berkahwin dengan jejaka N9 Kemudian kami menuju ke Jeli kerana bekas rakan sekerja cik ayg yang berasal dari Kuantan bernikah dengan ustaz orang Jeli. Selepas selesai menjamu selera di Jeli, kami bergegas ke Pasir Mas pula kerana sepupu cik ayang naik pelamin. 

Hmmm....rasanya awal tahun depan akan penuhlah wad-wad bersalin dengan ibu2 muda dan bayi mereka. Abe Kie bila lagi? Dah lama berehat dari menukar lampin anak dan membancuh susu ni. Rasa2 masih ingat lagi ke langkah2nya? Tepuk dada tanya dotdotdot.... Hehehehehe