Jemputan Kenduri Kahwin Semasa Cuti Tahun Baru Cina
Assalamualaikum. Seperti lazimnya bila menjelang musim perayaan maka ramailah pasangan pengantin akan mendirikan rumahtangga. Abam kie pun tidak terkecuali. Oppss! Tidak terkecuali daripada menerima kad jemputan kenduri kahwin la.. nak mampus kalau cuba cari satu lagi? hehehehe.. Kalau orang masih menjemput kita tu tandanya mereka masih mengingati kita. Kalau tak, mereput ajelah di rumah waktu cuti tahun baru cina ni..
Jemputan pertama pada pada Sabtu lepas di rumah Cikgu Nubli. Anaknya yang sulung kahwin. Kebetulan anak2nya yg no 2, 3 dan 4 tu abam kie ajar semasa tingkatan 4 dan 5. Abam Kie gi seorang je sebab jalan ke rumahnya sempit dan becak.
Pada hari Ahad pula abam kie memenuhi jemputan kenduri kahwin di kampung sebelah isteri di Pasir Mas plak. Selepas tu pi kenduri aqiqah anak perempuan rakan sejawat, Cikgu Najib di Kg Salor, Kota Bharu.
Hari Isnin pula sibuk sikit kerana ada 3 buah rumah yg perlu dikunjungi. Pertama sekali ke rumah biras abam kie kerana adik lelakinya membawa balik isteri bertempat di Kg Sat Hilir. Kemudian abam kie ke rumah bekas pelajar Mohd Ridzwan yg bertugas di SM Sains Banting kerana perkahwinannya dgn rakan sekolahnya dahulu. Akhir sekali abam kie bergerak ke rumah seoarang lagi bekas pelajar, Nur Amira yg bekerja di CIMB Kg Kerinchi kerana dia juga naik pelamin.
Jemputan kenduri kahwin disudahi dengan kunjungan ke rumah kakak abam kie di Dungun, Terengganu kerana anak saudara abam, Al-Zaim pun mendirikan rumahtangga tanggal 30 Januari lepas. Cuma majlis menyambut menantu diadakan lewat sedikit iaitu pada 13 Februari 2016.
Kepada semua pengantin baharu, abam kie ucapkan selamat menempuh alam rumahtangga yg penuh pancaroba dan semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Aamiin..
7 Comments
memang musim orang buat kenduri kahwin sekarang ni...maklumlah cuti panjang!
ReplyDeleteWaktu waktu cuti panjang nilah peluang untuk adakan majlis kan cikgu AK..
ReplyDeletecuti sekolah memang jadual penuh dengan kenduri.
ReplyDeletesy tag awak dlm giveaway
ReplyDeletecek blog saya :)
sy plak ramai je yg invite g kenduri tp sy x kawen2 lagi huhu
ReplyDeletefollow sini :)
ReplyDeleterindu nasi minyak.. dha lama sangat tak gi kenduri.. hari ni buat nasi minyak sendiri la kot.. hu2
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.