Assalamualaikum. Apa khabar sahabat2 blogger sekalian? Selamat kembali bertugas setelah seminggu bercuti CNY. Pada musim CNY lalu blog abam kie kekurangan pelawat. Maklumlah kan bila cuti maka aktiviti blogwalking terhenti seketika. X apalah, abam faham kerana abam juga ada tanggungjawab lain. Bukan nak hadap blog 24 jam kan?

Baiklah, pada hari ini abam kie dengan sukacita ingin menjemput kawan2 untuk bertukar2 link (pautan) blog dgn abam. Dengan kata lain abam kie letakkan link blog kwn2 di blog list abam kie dan kawan2 meletakkan link blog abam kie di blog list kawan2. Mudah kan? Apa faedahnya bertukar2 blog list ni? Tak lain dan tak bukan ialah untuk menaikkan traffik di blog masing2. Selain drp itu dapat mempopularkan blog masing2 kpd bakal follower. Orang putih kata: I scratch your back, you scratch my back!

OK, jadi kawan2 nak sign MOU dgn abam kie tak? Sebelum tu baca syarat2 dan terma di bawah. X susah pun. Janji jujur dan ikhlas.

1. Mohon kawan2 follow blog dan Google+ abam kie. Kepada yg sudah follow sila abaikan syarat ini. Dalam masa 24 jam abam kie akan follow you back!

2. Letakkan link blog abam kie (www.zukidin.com) di blog list utama blog kawan2. Jangan letak kat blog yg dikhususkan utk blog list plak! Abam Kie akan lakukan perkara yang sama.

3. Pastikan blog kawan2 tu dikemaskini semalas2 pun 3 minggu sekali. Kalau kawan2 tengok di blog list abam kie, entri blog kawan2 dlm blog list yg terlama pun ialah pada 3 minggu lepas. Bila cecah je '4 weeks ago' maka abam kie akan buang link blog kawan tersebut. Jangan ragui kerajinan abam kie kemaskini blog kerana abam kie update 3 kali seminggi lagi!

Sekiranya kawan2 setuju dengan syarat2 di atas sila tinggalkan link blog di ruangan komen dan laksanakan syarat2 yang telah dinyatakan. Jika ada persoalan sila emel je terus ke zukidin@gmail.com.

Terima kasih dan selamat bekerjasama.