Sukarnya Telekom Malaysia Memulangkan Wang Pelanggan
Assalamualaikum. Pada kali ini abam kie ingin berkongsi pengalaman pahit abam berurusan dengan Telekom Malaysia (TM). Jom baca kisah sebenar abam kie ini.
Selepas banjir besar melanda Kelantan pada Disember 2014, talian telefon dan Streamyx di Tanah Merah sering mengalami gangguan. Sekejap OK, sekejap KO atau kadang kala tu sekejap OK, lama KO. Geram tul abam dibuatnya! Bayar sewa dan bil tapi perkhidmatan teruk! Lalu abam kie mengambil keputusan memotong talian TM pada Februari 2015. Pada bulan Mac abam menerima bil terakhir untuk akaun berkenaan yang menyatakan abam kie terlebih bayar sebanyak RM121.06.
Lalu abam menelefon talian 100 menanyakan bagaimana nak tuntut refund tu. Orang TM kata mereka akan pos cek ke rumah abam kie. Namun sehingga Jun 2015 abam masih belum menerima cek itu. Abam Kie telefon 100. Mereka kata kena pergi ke TM Point terdekat. Maka abam pergi la ke TM Point Tanah Merah. Isi borang dan sebagainya. Ingatkan abis di situ je. Tunggu sampai bulan Ogos masih tak terima cek!
Pas tu abam kie gi ke TM Point lagi. Buat aduan. Mereka suruh isi borang lagi. Bila semak dalam sistem mereka kata cek tu dah dihantar.Tapi abam x terima pun! Mereka check dlm sistem memang cek tu dihantar balik kpd mereka sbb x ditunaikan. Arrghhh! Geram tahap gaban ni!
Pada Nov tu TM Kota Bharu ada telefon follow up kes ini. Siap minta abam whatsapp salinan IC utk pengesahan lagi! Tunggu sampai akhir tahun 2015 masih x sampai2 lagi cek tu. Lalu abam kie buat aduan ke cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-ehwal pengguna. Pada bulan Januari lalu baru la TM KB mengelabah call abam minta maaf dan berjanji nak poskan cek tu.
Akhirnya pada awal Feb 2015 barulah abam kie menerima sekeping cek dari TM. Cepat2 abam pi Maybank dan depositkan ke dalam mesin cek. Alhamdulillah, selepas 3 hari bekerja cek tu sudah dijelaskan.
Pengajaran dari pengalaman abam kie ialah kita sebagai pengguna mesti menuntut hak kita dengan apa jua cara sekalipun!
7 Comments
macam tu punya lama proses nak dapatkan refund balik, bertabah sungguh abam kie sepanjang waktu tu
ReplyDeleteSedihnya mengapa nak tunggu kita lapor pada pihak atasan baru tindakkan segera dilakukan...jika tidak...sambil lewa...bagus tindakan cikgu AK...sekurang kurangnya menjadi panduan berguna untuk kita semua...
ReplyDelete
ReplyDeleteToday, some houses have a commercial site in the US but not in Europe, like Swiss Watches, Baume & Mercier and Omega Watches.Many designers are Hermes Handbags in on one of the hottest trends in accessories: metallics. And Louis Vuitton handbags is no different. The Christian Dior replica handbags has been accustomed a brownish makeover.
A new Omega Watches is always an event. Especially when it squarely is the launch of a new collection! Let us recall that the Swiss Watches Parisian watchmaker and jeweler is still the most important brand of the Richemont group.The Christian Dior bag has become alike and iconic to Gucci , and something every affected woman have to own. This is the ultimate affluence if it comes to the Louis Vuitton handbags .Good Hermes Handbags Replica auction is a acceptable choice.
"Pengajaran dari pengalaman abam kie ialah kita sebagai pengguna mesti menuntut hak kita dengan apa jua cara sekalipun!"
ReplyDeleteKata2 ini mempunyai nilai estetika yang tinggi. Perlu dihargai terutama apabila berhadapan dengan klongomerat seperti TM, Astro dan lain-lain... kasi slain satu kali abam kie...
hehehee
Saya punya pengalaman lebih teruk dari ni Abam Kie, telekom malaysia memang teruk!!!
ReplyDeletekakpun dh potong talian TM mmg xmampu nk byr bil...ceknya pun dh diterima.
ReplyDeleteSaya pun dah tutup line telekom dan unifi atas sebab-sebab tertentu. Tutup akaun bulan Disember 2015 dan TM bayar balik bill terlebih bayar pada bulan Februari 2016. Saya tak tahu pun ada bill terlebih bayar jadi takde la nak contact TM. Alhamdulillah, urusan telah dipermudahkan. Mungkin tak semua cawangan yang khidmatnya teruk.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.