Jangan Pernah Remehkan
Berikut adalah satu perkongsian yang sangat menyentuh hati dan naluri seorang manusia biasa seperti saya. Mohon baca sehingga habis. Terima kasih.
• JIKA kita melihat seekor semut terpeleset dan jatuh di air, maka angkat dan tolonglah ia…barangkali itu menjadi penyebab keampunan bagi kita di akhirat.
• Jika kita menjumpai batu kecil di jalan yang boleh mengganggu perjalanan orang lain, maka singkirkanlah ia, barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalan kita menuju syurga.
• Jika kita menjumpai anak ayam terpisah dari induknya, maka ambil dan susulkan ia dengan induknya, semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan diri kita dan keluarga kita di syurga.
• Jika kita melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka hantarkanlah dia… Barangkali itu menjadi sebab kelapangan rezeki kita di dunia.
• Jika kita bukanlah seorang yang menguasai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba’ ta’ kepada anak-anak kita. setidaknya itu menjadi amal jariah untuk kita yang tak akan terputus pahalanya meski kita berada di alam kubur.
• Jika kita tidak boleh berbuat kebaikan sama sekali, maka tahanlah tangan dan lisan kita dari menyakiti… Setidaknya itu menjadi sedekah untuk diri kita.
Janganlah pernah meremehkan sekecil apa pun kebaikan, kerana boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunnahnya, bukan kerana panjang solat malamnya tapi boleh jadi kerana akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda.
•Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikit pun, meskipun (hanya) kamu bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum.” (HR. Muslim).
2 Comments
InsyaAllah perkongsian yg sgt bermakna..pelbagaikan amalan baik sedaya mampu walau semata amat kecil pada nilaian kita.
ReplyDeleteSemoga kita tergolong macam orang tersebut :)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.