GERAM!!! Itulah perkataan yang abam kie ucapkan apabila menerima bil elektrik pada awal bulan Mei lalu. Sejak musim panas melampau melanda Kelantan bil letrik naik mencanak2 kerana aircond selalu digunakan. Contohnya, pada bulan Februari bil naik kepada RM250, bulan Mac menjadi RM341 dan kemuncaknya pada bulan Mei melambung kepada RM441. Mujur abam x pengsan!

Lalu abam kie pun mengambil inisiatif untuk membuat Kalkulator Bil Elektrik dengan menggunakan formula dalam bentuk Excel dengan bantuan rakan sekerja iaitu Cikgu Narzuki. Dia adalah guru pakar Prinsip Perakaunan dan blog dia boleh diakses di http://cgnarzuki.com. Cara nak guna kalkulator ini senang sahaja. Cuma masukkan bacaan dahulu dan bacaan semasa. Klik enter dan anggaran bil yang kena bayar akan terpapar di bawahnya. Jadi kawan2 bolehlah mengagak berapa RM yang perlu dibayar pada bulan berkenaan.

Baiklah. Kalau nk muatturun fail Excel kalkulator bil elektrik tu kawan2 boleh la klik DI SINI.

Semoga hasil usaha abam kie dan kawan ini memberi manfaat kepada semua orang. Aamiin.