Semasa pulang dari sekolah pada hari Selasa minggu lepas abam kie menerima kejutan yang memang diharap2kan selama ini. Setelah 10 tahun mendiami rumah ini yang terletak cuma 2 km dari pekan Tanah Merah akhirnya lorong masuk ke rumah abam kie diturap dengan tar. Masih panas2 lagi tau!

Sebenarnya abam kie dan jiran baharu yang baru saja menduduki rumahnya pada 30 Dis lepas bersusah-payah mengemukakan permohonan kepada pihak Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM)  dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk membuat pembatuan dan penurapan lorong masuk ini. Sebelum ini ada gak abam kie membuat permohonan namun x dilayan kerana cuma abam kie je yg kerap menggunakan lorong ini. Namun apabila ada 2 buah rumah dibina di kiri n kanan maka kuat la permohonan ini untuk diluluskan.



Sebelum Tahun Baru Cina tempohari ada org JPP datang menimbun batu di atas lorong ini. Siap dgn ambik gambar sekali. Jiran kata memang lorong ini akan ditar cuma menunggu masa aje. Syukurlah apabila cuaca panas berpanjangan selepas CNY membolehkan kerja2 penurapan itu dilaksanakan usai CNY tempohari. Lorong yang bertar ini membolehkan anak2 abam kie bermain basikal pada waktu petang dengan lancarnya.


Beginilah keadaan jalan masuk ke rumah abam kie semasa banjir akhir thn lps. Tu pun mujur jiran sebelah menimbun batu dan pasir di depan rumahnya. Jika tidak, makin dalam la paras air yg harus diharungi. Selama 10 tahun ni abam kie seorang je yg mebaik-pulih lorong ini bila berlubang, rosak, berselut dan sebagainya. Maklumlah kan jalan ni dibina oleh abam kie yg merupakan peneroka kawasan kediaman ni. Begitulah nasib menjadi peneroka. Orang lain datang mari tengok semuanya dah siap. Tapi tak apalah, niatkan bersedekah amal jariah. Moga mendapat pahala. Aamiin.