Kita perlu bersyukur
Bila hujan, kita tanya bila la nak kemarau... Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun..
Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar pula rasa ingin pulang ke rumah...
Waktu sunyi kita nak kepada org ramai, bila ramai org pula jadi serabut perut, berasa nak kepada kesunyian...
Ketika bujang ngeluh nak nikah, bila nikah nak nikah so lagi...Hehehe
Setelah berkeluarga ngeluh belum dpt anak. Bila ada anak, ngeluh pula perbelanjaan hidup....
Bila pilihanraya -sibuk nak tukar kerajaan, padahal kerajaan yg baru belum tentu lebih dari yg ada.
Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki.. Bila telah dimiliki lain pula jadinya..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini...
Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan nampak buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya..
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki.
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Jauhilah sifat sombong dgn apa yg kita miliki ..
Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa... Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah....
9 Comments
Betul. Setuju. Kadang kita sebuk mengagumi kehidupan org lain, sedangkan dia pun sebenarnya nak jadi mcm kita :D
ReplyDeleteBERSYUKUR DGN APA YG DIMILIKI AGAR KITA SESAL STLH KEHILANGANNYA.
ReplyDeleteBetul...betul..betul..setuju Cikgu AK..SYUKUR..kecil atau besar nikmat yang kita perolehi bersyukurlah..
ReplyDeleteBersyukur dgn apa yg kita ada kn.
ReplyDeleteSekiranya kita sentiasa bersyukur, Allah akan gandakan lagi nikmatnya.
ReplyDeleteIn syaa Allah cikgu.
syukur alhamdulillah.
ReplyDeletebersyukur....betul tu....
ReplyDeletePS: hamboi...sempat lagi taip nak kawin so lagi...hehehe....
Bersyukur dengan ape yg ade dn usahakan untuk yg lbih baik. Yang pipih tidak datang melayang, yang bulat belum tentu datang bergolek :) haaaa, peribahasa baru
ReplyDeleteSalam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.