Muslimah Membawa Dua Pintu Syurga
Untuk berkongsi kegembiraan seorang kenalan yang membuat kenduri aqiqah kerana mendapat anak perempuan, saya berkata,"Seolah mendapat dua pintu syurga."
Semasa duduk makan, seseorang yg mendengar kata-kata saya kpd tuan rumah, bertanya maksud saya dua pintu syurga. Saya kongsi di sini.
Semasa duduk makan, seseorang yg mendengar kata-kata saya kpd tuan rumah, bertanya maksud saya dua pintu syurga. Saya kongsi di sini.
Pertama, sebelum menikah, wanita adalah pintu syurga bagi orang tuanya. Hadis dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ عَالَ جَارِيَتَيْنِ حَتَّى تَبْلُغَا، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنَا وَهُوَ» وَضَمَّ أَصَابِعَهُ
“Siapa yang menanggung nafkah dua anak perempuan sampai baligh, maka pada hari kiamat, antara saya dan dia seperti ini. Baginda menggabungkan jari-jarinya.”
(Muslim 2631, dan Ibnu Abi Syaibah 25439).
Dalam riwayat lain,
Dari Uqbah bin Amir radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ كَانَ لَهُ ثَلَاثُ بَنَاتٍ فَصَبَرَ عَلَيْهِنَّ، وَأَطْعَمَهُنَّ، وَسَقَاهُنَّ، وَكَسَاهُنَّ مِنْ جِدَتِهِ كُنَّ لَهُ حِجَابًا مِنَ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Siapa yang memiliki 3 anak perempuan, lalu dia bersabar, memberinya makan, minum, dan pakaian dari hasil usahanya, maka semuanya akan menjadi penghadang dari neraka pada hari kiamat.” (HR. Ahmad 17403, Ibnu Majah 3669, dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).
Dari dua hadis ini ternyata memiliki anak perempuan itu ibarat memiliki pintu syurga, cuma pada ibubapanya, mahu masuk atau tidak. Jika dia redha, menafkahi mereka dgn penuh tanggungjawab, didikan menjadi muslimah solehah, mereka tentu melangkah masuk ke pintu itu.
Kedua, setelah memiliki anak, wanita adalah pintu syurga bagi anak-anaknya. Dari Jahimah as-Salami radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau pernah mendatangi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.“Ya Rasulullah, saya ingin ikut berjihad. Saya datang untuk meminta pendapatmu.” Tanya Jahimah.“Apakah kamu punya ibu?” tanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.“Ya, masih ada.” Jawab Jahimah.
Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,
فالزمها، فإن الجنة تحت قدميها
Selalu dampingi ibumu, kerana syurga di bawah kaki ibumu. (HR. Nasai 3117, Baihaqi dalam Syuabul Iman 7833 dan dishahihkan al-Albani).
Dari Abu Darda Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ
Orang tua adalah pintu syurga paling tengah. Kamu boleh sia-siakan pintu itu, atau kamu menjaganya. (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).
Kesimpulan dari dua pintu syurga yg dipegang oleh wanita ini,jelas mengingatkan kita semua yg bergelar wanita, semasa menjadi anak perempuan jadilah anak yg menjadi pintu syurga untuk ibubapanya dgn tingkah laku, adab sopan, keimanan yg membayang muslimah solehah. Tetapi janganlah pula menjadi pintu neraka utk ibubapa sendiri dgn dosa membuka aurat, pergaulan bebas, perangai buruk, pengumpat, pemfitnah dsbnya. Semasa menjadi ibu kepada anak-anak, jadilah ibu yg sabar, yg bersyukur, redha moga anak-anak berbahagia dgn pintu syurga mereka. Jangan jadi ibu yg ragamnya menyebabkan anak berdosa, permintaannya menjadikan anak serba salah, jangan jadikan leteran yg memanjang sebagai hiasan hidup waktu tua dsbnya yg menggerbangkan pintu neraka kpd anak sendiri.
Kepada semua muslimah, saya mengajak anda bermuhasabah pada dua pintu syurga ini, di mana diri kita. Perbaiki dan tambah baiklah.
Wallahua'lam
Sumbangan: Tuan Haji Abd Ghani Haron (FB)
10 Comments
Kakak ni anak perempuan - moga mampu menjadi pintu dikatakan
ReplyDeleteKakak juga ada 3 anak perempuan - lagi mohon semoga mampu membimbing mereka menjadi pintu yg dikatakan dlm N3 cikgu ini.
amin...
ReplyDeletetq...hadiah dah sampai.
ReplyDeleteMoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA.
ReplyDeleteSaya adik beradik 5 perempuan 2 lelaki. Moga kami semuanya menjadi muslimah solehah penyejuk mata ma abah. :)
ReplyDeleteAbah dan mama saya besarkan 6 anak perempuan dan seorang anak lelaki. Semoga Allah memberkati dan memberi rahmat kepada kedua mereka hingga ke syurga.
ReplyDeletePC seorang anak..PC juga seorang isteri...setiap apa yang PC lakukan saling berkait pada babah dan mama..begitu juga pada suami...risau kerana takut kerana PC kelak mengheret babah mama dan suami jauh dari syurga...nauzubillahiminzaliq..
ReplyDeleteTerima kasih cikgu AK perkongsian ini.
terima kasih atas perkongsian cikgu,,
ReplyDeleteDi dalam Islam wanita mempunyai tempat yang mulia....
ReplyDeleteInsyaAllah akan dijaga elok. Selain drp mnjga diri sndiri mngikut lndasan :)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.