Adab sebagai tetamu
Tetamu ialah orang yang datang menziarahi ke rumah orang lain. Sebagai tetamu, kita perlu menjaga tingkah laku dan adab sopan. Berikut adalah tingkah-laku yang perlu dilakukan oleh tetamu apabila menziarahi rumah saudara-mara, jiran dan rakan-taulan. Semoga ianya bermanfaat.
* memilih waktu yang sesuai untuk mengunjungi rumah kawan atau sanak saudara
* sebaik-baiknya bawalah buah tangan untuk mereka
* ucapkan salam sebelum masuk
* bersalamlah dengan semua isi rumah dan bertanyakan khabar
* bersalamlah dengan semua isi rumah dan bertanyakan khabar
* bercakaplah dengan suara yang lembut dan bersopan santun
* bongkokkan sedikit badan jika lalu di hadapan orang lain sebelum duduk
* duduklah dengan tertib dan bersopan
* hormatlah kepada tuan rumah dan ahli keluarganya
* jangan membuat bising atau ketawa dengan kuat
* makan dan minum dengan sopan
* jangan rosakkan barang-barang kepunyaan tuan rumah
* elakkan bertandang terlalu lama kerana mungkin akan mengganggu tuan rumah
Semoga panduan yang abam kie kongsi ini memberikan manfaat kepada kita semua terutama sekali apabila berkunjung ke rumah terbuka kawan2 pada Aidil Fitri nanti.
Semoga panduan yang abam kie kongsi ini memberikan manfaat kepada kita semua terutama sekali apabila berkunjung ke rumah terbuka kawan2 pada Aidil Fitri nanti.
8 Comments
terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletePanduan untuk kita semua.
ReplyDeleteJadilah tetamu yang disenangi
Peringatan berguna untuk kita semua..terima kasih Cikgu AK..lagi satu kalau kita menziarah orang yang kurang sihat..jaga perkataan..jangan tambah rasa kesakitannya lagi..buang rasa "aku tahu dan betul semua dalam segenap hal"
ReplyDeleteMemilih waktu yg sesuai tu paling penting..
ReplyDeleteBuat appointment sebelum ziarah.
ReplyDeletein sha Allah..moga bermanfaat buat semua
ReplyDeleteJanjiKita
terima kasih atas panduan ni...
ReplyDeletepsssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #30.
Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/05/senarai-url-blog-30.html
Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari ini. Gud luck.
- Mia Liana
Sebenarnya kan AK kalau saya pergi rumah kawan baik saya, saya suka jer sembang lama lama tap tulahkan bila memasing dah ada pasangan, terpaksalah ikut kehendak diaorang pulak...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.