Poligami? Lelaki mana yang mahu berbini dua? Sila angkat tangan! Wanita mana yang rela suaminya bernikah lagi? Sila angkat kaki! Hahahaha... Tabiklah kepada isteri yang rela berkongsi suami. Abam Kie bukannya x nak kahwin lagi. Tapi cukuplah melalui tiga majlis perkahwinan. Tak sanggup lagi nak lalui semua itu dari A to Z. Sudah-sudahlah. Tetapi kepada mereka yang berkemampuan zahir dan batin serta boleh berlaku adil, silakan!

Berikut ini abam kie ingin membetulkan tanggapan yang salah terhadap isu poligami selama ini. Jadi selama ini kita semua ini dimomokkan oleh idea2 yg salah dan dangkal. Meh hayati hakikat sebenar poligami tersebut. Selamat membaca!


1. Ramai org mengatakan bahawa poligami itu merampas suami orang.
*SALAH* :
*Yang BETULNYA* adalah poligami itu memiliki suami secara bersama-sama yang sah menurut syariat agama

2. Ramai org mengatakan bahawa poligami itu mesti diizini isteri tua.
*SALAH* :
*Poligami itu tidak perlu minta izin kepada isteri. Ketika Rasulullah menikahi wanita Yahudi cantik bernama Shafiyyah binti Huyay al Akhtab. Rasulullah  memberitahu Aisyah bahwa beliau menikah dgn Shafiyyah. Ini membuat Aisyah cemburu sekali dan mengatakan: "Ia seorang wanita Yahudi." Dan dijawab oleh Rasulullah: "Janganlah engkau berkata seperti itu, kerana dia telah masuk Islam, dan baik pula keIslamannya."*

3. Ramai org mengatakan bahawa poligami berdosa kerana menyakiti perasaan wanita (membuat cemburu).
*SALAH* :
*Poligami itu suami menggunakan haknya, cuma terkadang isteri iri hati, (bukan salahnya org yg menggunakn hak tp salahnya org yg iri hati). Poligami  menguji keikhlasan dan keredhaan wanita  trhdp ketentuan Allah. Semakin ikhlas maka semakin banyak pahala. Semakin tidak ikhlas apalagi diwujudkan dlm bentuk kemarahan dan perbuatan protes maka semakin bertambah dosa. Kalau masalah cemburu, isteri Rasulullah dan isteri2 Sahabat Rasulullah yg berpoligami kdg juga cemburu satu sama lain. Tetapi ini tidak bererti bahawa Rasulullah dan para Sahabat menyakiti perasaan isteri2nya. Kalau diertikan bahawa cemburu itu menyakiti perasaan isteri, maka tidak mungkin Rasulullah dan para Sahabatnya dijamin masuk syurga oleh Allah. Cemburu adalah wujud tanda cinta isteri kepada suami bukan wujud perlakuan suami menyakiti hati isteri.*

4. Ramai orang yang berpendapat bahawa org yg berpoligami zaman sekarang tidak mampu berbuat adil seperti zaman Nabi.
*SALAH* :
*Yang BETULNYA* adalah bahawa berbuat adil itu boleh dilakukan oleh sesiapa pun, bila dan di mana sahaja tidak dibatasi oleh zaman. Jika umat Nabi Muhamad tidak boleh berbuat adil dlm poligami maka poligami akan dilarang secara mutlak. Al Quran berlaku sepanjang masa termasuk ayat dibolehkannya poligami.*

5. Ramai orang yang berpendapat bahawa isteri pertama mestilah nendapat layanan istimewa berbanding isteri kedua, ketiga atau keempat.
*SALAH* :
*Perbuatan seperti itu adalah adat org zaman jahiliyyah. Setelah Islam datang maka semua adat itu diubah oleh Islam. Setelah sah secara syariat menjadi isteri maka semua isteri (R1, R2, R3, R4) mempunyai kedudukan, hak dan kewajiban yg sama terhadap suami.*

6. Ramai orang kata,  poligami mengambil hak isteri tua.                                              
*SALAH* :                                                   
*Dlm poligami suami  mengambil/memanfaatkn kuota/haknya sendiri, isteri ke 2, 3, dan 4 juga memanfaatkn haknya sendiri pula. Isteri pertama jika menghalangi, mencegah suami atau isteri 2, 3 dan 4 itulah  orang yg menghalangi hak 4 org dan sebaliknya.*

7. Ramai orang kata, zaman sekarang poligami hanya menuruti hawa nafsu.          
*SALAH* :                                                
*Berpoligami itu mengawal hawa nafsu dr perbuatan haram/tercela dan berdosa agar menjadi perbuatan halal/terpuji dan berpahala.*

8. Ramai org kata, kalau mahu berpoligami ala Rasulullah, carilah wanita janda yg tidak laku.                                                   
*SALAH* :                                                    
*Rasulullah tidak menganjurkan memilih janda, bahkan menganjurkan  memilih gadis, yg sesuai dengan selera sehingga diperbolehkan melihat calon isteri terlebih dulu.*

9. Ramai org kata, poligami hanya membuatkan masalah.                   
*SALAH* :                                                           
*Poligami mengatasi masalah suami agar lebih baik mengendalikan pandangan dan jalan penyelesaian, dan mengatasi masalah wanita yg memerlukan perhatian, penjagaan, pendidikan, nafkah, dsb.*

*CATATAN ;*
*- Untuk tambah pengetahuan*

Kalau berani, sila tinggalkan komen di bawah ini, ye? terima kasih sebab sudi membaca sampai habis.