Pengurus Pusat Zakat Perlu Turun Padang
Astro Oasis telah menampilkan Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Perlis untuk bercakap secara terus terang kelemahan pendekatan Islam di negara ini. Beliau mencabar penggunaan wang zakat yang terhimpun beratus juta ringgit tetapi tidak dapat diuruskan secara lebih efektif.
Beliau berkata “tidak sahaja orang yang tidak membayar zakat berdosa tetapi orang yang tidak menjalankan pengurusan zakat dengan sempurna juga adalah berdosa”
Beliau bertanya kenapakah wang zakat hanya mesti diberikan kepada pelajar-pelajar jurusan agama, kepada pelajar-pelajar yang hendak ke Azhar Universiti atau mereka yang hendak pergi belajar agama di negara-negara Arab tetapi tidak diberikan kepada pelajar-pelajar perubatan, kejuruteraan dan lain-lain bidang ilmu sedangkan Islam adalah agama yang mencakupi segala ilmu.
Ini katanya memberikan gambaran seolah-olah negara hanya memerlukan ustaz dan ustazah sahaja dan mereka2 kelak akan digunakan utk memujuk org Melayu utk meredhakan segala kemungkaran yg dilakukan olih pemimpin.
Wang zakat yang terkumpul beratus juta ringgit bukan saja masih gagal malah jauh dari dapat menebus maruah orang Islam di negara ini.
Masih ramai fakir miskin yang terbiar oleh kerana sikap jabatan zakat yang tidak pro aktif sebaliknya menunggu mereka datang meminta bantuan di pejabat dan menyusahkan pula mereka dengan keperluan mengisi berbagai borang dan kemudian terpaksa menunggu beberapa lama pula untuk mendapat bantuan bayaran.
Sepatutnya pegawai-pegawai zakat atau jabatan zakat bersikap pro aktif. Mereka bukan menunggu fakir miskin datang meminta bantuan tetapi mencari fakir miskin, menjalankan siasatan dan mencari orang Islam yang perlu diberikan bantuan.
Jika polis boleh mencari penjenayah maka kenapakah pegawai-pegawai zakat tidak boleh ditugaskan untuk mencari fakir miskin di daerah masing-masing? Tidakkah kemiskinan menggalakkan jenayah?
Jika wartawan-wartawan boleh melakukan ini dan mendedahkan kemiskinan dari semasa ke semasa, maka kenapa pegawai-pegawai zakat tidak dapat berbuat demikian? Adakah pejabat-pejabat zakat mengambil berat tentang berita-berita kemiskinan dalam akhbar?
Lebih buruk lagi ialah apabila penerima-penerima wang zakat ini disusahkan pula dengan upacara atau majlis penyampaian bantuan kepada mereka yang dipentaskan bagi tujuan politik yang memaksa mereka menunggu berjam-jam lamanya.
Jika kesedaran seumpama ini dibangunkan sekian lama menerusi khutbah-khutbah Jumaat dan berbagai tazkirah dan sebagainya maka mungkin negara kita akan lebih bersih daripada Singapura atau pegawai-pegawai kerajaan kita akan berkerja dengan penuh disiplin dan tidak menyusahkan orang ramai.
Pentadbiran Melayu terkenal dengan perangainya macam paku dengan penukul sekali ketuk sekali dia bergerak masuk. Tak diketuk ia terbiar berkarat menyusahkan orang pula dengan perangai besinya.
Ada pula jenis Melayu yang angkuh disuruhnya kita jangan campur urusan dia dan jika bercakap banyak dicadangkan pula kita bertanding PRU. Apa punya ‘swell headed’ jenis manusia macam ini hidup mahu menongkat langit.
Tolong sebarkan mudah2an dibaca kakitangan zakat Majlis Agama Islam setiap negeri di Malaysia ini. Terima kasih.
5 Comments
Betul...sangat setuju..bila pihak bertanggungjawab sentiasa memantau dan mencari pihak yang sewajarnya dibantu..sedikit sebanyak beban dapat dikurangkan..jenayah dapat diminimakan..
ReplyDeleteSaya pun setuju..sepatutnya dari dulu lagi pihak zakat kena turun padang..kalau kaunter zakat bole buka dimerata tempat kenapa x bole hantar wakil untuk buat pantauan orang2 yang perlukan bantuan..
ReplyDeleteMama setuju sgt2
ReplyDeleteAnam kie.. jom exchange link. Mama dh letak Di bloglist mama ye
ReplyDeleteEh.. Abam.. typo lak
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.