Assalamualaikum. Pada pagi ini abam kie ingin berkongsi kisah sebenar yang terjadi kepada kawan abam kie yang mengajar di KL tu. Kisahnya tentang rezekinya yang melimpah ruah selepas dia membelanja kawan2nya di kantin sekolah. Semoga ianya menjadi panduan berguna kepada kita semua tentang perlunya bersedekah dan menderma ini kerana ganjarannya yang berlipat kali ganda di akhirat kelak. Selamat membaca...

Hari ini abg neo nak cerita satu kisah yang benar dan terjadi pagi tadi.... Dan mungkin ada kaitan dengan belanja kawan... Pagi tadi sampai sekolah dalam pukul 6.40, abg neo macam biasa pergi punch card dan check in kantin...nak breakfast sebab hari ini kelas habis pukul 11 mula dari pagi....

Dipendekkan cerita, abg neo tapau nasi paprik dan nescafe ais. total rm6. Lepas tu datang 2 org kawan perempuan. Diaorang pun tapau la nasi n air. Yang si A total rm7, si B rm6.50....org yang kira pulak lambat mengira. Kemudian datang lagi kawan abg neo, si C. Dia pun tapau jugak. Total dia punya rm8.50. abg neo pun nak bayar. abg neo bawak duit rm50. Lepas tu tauke kantin tak ada duit kecil jadi abg neo kata dalam hati: Tak apalah. Belanja la mereka semua sebab nak tunggu duit kecil tak ada lagi sebab pagi orang kantin belum tukar. Jadi abg neo pun bayar la untuk semua yang kawan2 abg neo beli tadi. Then diaorang pun cakap, Terima Kasih, Reza. Settle....

Lepas tu dalam pukul 10, abg neo haus lalu menapak ke kantin. Masa tu ada pegawai tengah minum lalu abg neo order air. Dia kata x pe la, saya belanja. Alhamdulillah. Lepas tu tgh hari nak balik ada kawan bagi subway dan letak di atas meja. Ustazah belakang pulak panggil suruh abang neo ambik KFC sebab dia kata x habis makan seorang. Dan kawan abg neo, cikgu lelaki pulak bagi gulai kawah daging panas2 buat balik makan kat rumah. Penuh atas meja abg neo makanan sampai buleh buat balik bagi budak2 rumah makan....

Lepas tu kawan2 kat meja abg neo cakap, "Weh...apasal ramai sangat bagi kau makanan hari ni? Kat aku tak bagi pun?"

Moral of the story is: abg neo yakin dan percaya pada kelebihan berkongsi rezeki dan belanja kawan masa susah.... sedikit kita bagi...berganda Allah balas balik... just to share this story with you all....

#CERITABENARBERLAKUHARINI

Sumber: https://www.facebook.com/neoreza86