Syurga atau dunia, mana satu pilihan kita?

 Dunia:

1)  Utk hidup/survive, kena kerja, cari rezeki dsbnya.

2) Nak makan, kena masak, sediakan makanan. Ataupun cari, order & byr  (kalau makan luar). Begitu juga minuman dll.

3) Setelah makan/minum, kena jalani aturan alami biasa, keluarkan toksik dgn masuk tandas.

4) Nak dptkan/beli sesuatu, kena cari & shopping. Kalau nasib baik, kena lak beratur panjang.

5) Sakit, kena ikhtiar, masuk hospital & cari ubat.

6) Mesti kena mandi, kalau tak bdn berbau.

7) Perlu berhadapan dgn berbagai masalah, yg tiap satu perlu diselesaikan.

8) Badan kecil, tenaga kecil, kahwin 4 belum tentu terlayan.

9) Wanita kat dunia, cantiknya sekadar saja, itupun x kekal lama.

10) Hidup sekadar sejam setengah (dinisbah hari akhirat), hidup sementara yg teramat singkat.

 Syurga:

1) Tak perlu fikir utk kerja keras, cari rezeki dll. Semua dah sedia depan mata.

2) Nak makan apa saja, minta saja, nescaya segera tersedia. Sebagai contoh, kita nampak seekor burung terbang, terlintas di hati nak makan burung celup tepung, terus burung tu siap dihidangkan 'celup tepung' dgn segera. Makanlah. X perlu susah2 langsung nak sedia.

3) Setelah makan minum, x perlu fikir nak masuk tandas, krn x perlu. Kita hanya berpeluh wangi, sebagai ganti kena masuk tandas.

4) Nak kan apa saja, just wish 4 it, you'll get it on the spot.

5) x ada yg namanya sakit, tua dll dlm Jannah. Kita kekal sihat sesihat2nya, GAGAH segagah2nya (umur jejaka 30an), muda selama2nya, cantik yg kekal selama2nya. Alhamdulillah...

6) x perlu mandi langsung, krn badan harum mewangi sentiasa. Mmg x ada toksik/kotoran langsung  terkumpul dlm badan waktu di syurga, seperti halnya di dunia, faktor yg sbbkan ia berbau. Kalau nak mandi di sungai syurga pun, sekadar suka2.

7) Dah x ada masalah langsung, atau fikir camne nak selesaikannya. Yg ada hanya nikmat, nikmat, nikmat......x ada selain itu.

8) Badan hamba Allah dlm syurga, akan dibesarkan menjadi sebesar Adam as, semasa dia diturunkan ke dunia. Mengikut riwayat, 70 hasta besar & tinggi. Kekuatan batin tiada batasan, x ada yg namanya kena rehat ambil tenaga, dll. Ahli syurga boleh ada isteri/permaisuri berapa ramai pun yg dia mahu, krn mmg dia mampu (maaf, kerana ini kategori 18SX sikit). Ahli syurga, mmg perkasa, x boleh nak bayangkan di minda.

9) Bidadari syurga, tiada tandingan langsung dgn wanita dunia. Satu jarinya saja, adalah lebih bernilai & cantik dari dunia seisinya.

10) Kehidupan yg penuh nikmat, utk selama2, selama2, selama2, selama2nya tanpa penghujung.......... 

  Setelah mengetahui betapa nikmatnya syurga & alam akhirat, adakah kita masih terliur dgn dunia sehingga dilalaikan dari  mengejar yg abadi di sana? Org mukmin sejati, x akan sesekali tertipu dgn duniawi. Hakikatnya dia yakin, dunia hanyalah tempat persinggahan smentara, utk persiapkan segala2 demi kehidupan penuh nikmat di sana. Bagi org yg tertipu dgn mainan dunia, seakan dunialah segala2nya, walhal ia adalah fana, bakal tamat bila tibanya masa. Berapa lama? Sejam setengah punya masa, itupun kalau ditakdirkan hidup hingga hujung usia. Sama2 kita muhasabah, di manakah kedudukan kita dgn dunia, di manakah pula letaknya akhirat kpd diri kita? Semoga kita jadi yg terbaik, dlm mempersiapkan utk kehidupan abadi di akhirat, dgn masa didunia yg teramat singkat. Bak kata pepatah, 'sesal dahulu pndapatan, sesal kemudian tiada gunanya'.

Nota: Apa yg dibayangkan di atas di dlm syurga, sekadar bayangan yg x capai pun hakikat sebenar kenikmatan, sekadar bayangan kasar.

Ia (syurga) itu sesuatu yg x pernah mana2 hamba lihat & x mungkin dibayangkan dgn minda. Segala2nya bakal tersurat, bila kita sampai kat akhirat.

Wallaaahua'lam...
