Assalamualaikum. Selalunya bila kita nak letak link blog di blog list, kita cuma taip URL blog berkenaan seperti www.zukidin.com. Namun kadang-kala blogger tak boleh kesan feed atau suapan blog berkenaan jadi kita kena taip RSS feeds blog itu dengan lengkap seperti www.zukidin.com/feeds/posts/default. Tapi ada juga berlaku bila kita taip link feed dengan penuh pun blogger tak leh detect gak! Abis tu mcm mana nak bertukar2 link dgn member tu? Mudah je, kita kena create pautan suapan yang baharu di feedburner. Macam abam kie pun ada RSS feed untuk blog tersayang ini iaitu http://feeds.feedburner.com/abekie.


Kalau nak buat pautan suapan tu kena sign in kat google atau pergi terus ke feedburner.google.com. Macam kat atas tu tersenarai pautan suapan utk blog2 yg blogger x buleh detect secara automatik di blog list. Baru2 ni blog member geng Blogger Pantai Timur iaitu Mek Yuni didapati tidak terupdate dgn sendirinya di blog list abam kie.Selalunya mek yuni akan update paling lambat pun 4 minggu sekali. Ni dah masuk 6 minggu masih x de entri baharu. Ni buat abam kie syak sesuatu yg x kena. Lalu abe kie gi tgok blog mek. Rupa2nya dia dah siarkan 2 posting terbaharu. Huh! Ramalanku benar belaka bak kata Zarul Umbrella.


Lalu abam kie pun pergi ke website feedburer dan cuba cipta pautan suapan yang baharu untuk blog mek yuni. Mudah aje. Mula2 taipkan URL blog Mek di ruangan yang disediakan. Lihat foto di atas.


Lepas tu dia suruh kenal pasti sumber suapan utk blog mek yuni ni. Ada 2 pilihan sama asa Atom atau RSS feeds. Biasanya abam kie pilih yang Atom. Nak pilih RSS pun x de hal. Boleh je.


Kemudian akan kuar page seperti di atas. Di sini kawan2 kena bagi tajuk dan alamat  feeds yang baru dicipta tadi. Tulis la apa2 tajuk dan alamat yang mudah diingati. Abam Kie letak 'mekbsn' agar senang diingati.


Tadaaaa....Tengok kat foto di atas tu! Pautan suapan atau RSS feeds utk blog Mek Yuni sudah pun berjaya dicipta! Lepas ni kalau ada masalah nak letak link blog dia di blog list, boleh je gantikan dengan RSS feeds yang baharu tu. Mudah kan?


Kalau kawan2 nak test sama ada RSS feed tu hidup atau mati, boleh je copy paste URL itu kat adress bar di browser. Kalau keluar segala tajuk dan post nlog Mek Yuni tu...itu tandanya kawan2 telah berjaya di dalam tutorial ini.