Assalamualaikum. Biasanya hari Jumaat dan Sabtu dikhususkan kepada urusan rumahtangga dan keluarga. Malas la nak fikir hal2 sekolah sebab selama 5 hari penat mengajar dari jam 7.40 pagi sampai 3 petang. Kadang2 malam tu ada kelas tambahan pula di sekolah. Namun kadang2 ada juga abam kie bawa balik kerja sekolah untuk disiapkan pada hujung minggu terutama sekali bab menanda skrip jawapan peperiksaan tu. Yang tu tak boleh elak! 

Pada hujung minggu lepas abam kie dan isteri mengambil kesempatan untuk menceriakan rumah kami yang berusia hampir 11 tahun ini. Mula2 kami menggaul simen dan pasir untuk ditampal pada halaman depan rumah dekat pintu masuk tu. Dari jalan nak masuk ke rumah tu macam kena turun gaung sikit sebelum naik ke laman rumah. Jadi kami nak bagi paras tanah tu sama rata dengan menimbun simen. Jadi perjalanan akan menjadi licin sikit. Hampir 2 jam gak kami membancuh dan meratakan simen tu. Penat sekali sampai lenguh2 tangan.


Pada keesokan harinya kami berdua mengecat tembok pagar rumah yang sudah berkarat itu kepada warna biru muda. Kebetulan ada tin cat lebih dalam stor tu. Jadi sebelum ia mengeras, baik kami gunakan aje. Lagipun warna asal di tembok itu sudah pudar dan berkarat. Selagi terdaya kami akan buat sendiri. Jika tak reti buat kenalah upah tukang.

Jadi suami-isteri dan anak2 perlu bergotong-royong untuk membersihkan dan menceriakan rumah masing2 agar bertepatan dengan slogan 'Rumahku Syurgaku'. Dok gitu kawan2 sekalian?