Kena selalu ingat perkara-perkara ini
Assalamualaikum. Pada hari Isnin yang ceria ini Abam Kie ingin berkongsi perkara2 yang perlu diingati oleh kita, para Muslimin dan Muslimat. Semoga post kali ini dapat menyedarkan kita semua.
Simpan rahsiamu berdua saja:
1. Dirimu
2. Allah swt
Jagalah di dunia ini dua keredhaan:
1. Ibumu
2. Bapamu
Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua hal:
1. Sabar
2. Solat
Jangan risau dua hal ini:
1. Rezeki
2. Ajal
Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah swt.
Dua hal yg tak perlu diingati selamanya:
1. Kebaikanmu terhadap orang lain.
2. Kesalahan orang lain terhadapmu.
Dua hal yang jangan dilupakan selamanya:
1. Allah swt
2. Alam Akhirat
Selalu dekat dengan 4 orang ini:
1. Ibumu.
2. Ayahmu.
3. Saudara lelakimu.
4. Saudara perempuanmu.
Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka:
1. Yatim
2. Miskin
3. Fakir
4. Orang Sakit
Empat hal yang memperindah dirimu :
1. Sabar
2. Tabah
3. Tinggi ilmu
4. Dermawan
Empat orang yang hendaknya kamu dekati:
1. Orang yg ikhlas
2. Orang yg setia
3. Orang yg dermawan
4. Orang yg jujur
Empat orang yg hendaknya jangan kamu jadikan teman:
1. Tukang bohong
2. Tukang curi/rasuah
3. Tukang hasut
4. Tukang adu domba
Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka:
1. Isterimu
2. Anak-anak mu
3. Keluargamu
4. Sahabatmu
Empat hal yang hendaknya kamu kurangi:
1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bicara berlebih2an/gossip
Empat hal yang jangan kamu putus :
1. Solat.
2. Qur'an.
3. Zikir.
4. Silaturrahim.
Terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis.
8 Comments
perkongsian yang baik, Terima kasih abam kie sama-sama beringat
ReplyDeleteinshaallah
ReplyDeleteperlu tambah hal yg jangan dirisau.. jodoh :)
ReplyDeleteJangan dirisau rezeki,ajal, jodoh dan hal-hal dunia. hihihi
ReplyDeleteblogwalking
ReplyDeleteterima kasih cikgu atas perkongsian =)
ReplyDeletejgn risau psl rezeki etc... tp bila berniaga ada pula yg amik kesempatan dgn harapan nk cpt kaya...
ReplyDeletepart silaturrahim tu sentiasa putus
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.