Sahabat dari Singapura Datang Beraya di Kelantan
Assalamualaikum. Saya mengenali kawan internet saya ini sejak
2004. Masa tak ada FB, IG, Twitter bagai. Yang ada cuma Myspace,
Friendster, Hi5 dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya saya dah lupa kat
mana saya mula kenal dengan sahabat baik saya ini. Cuma sejak kenal
dengan dia kami menjadi sahabat yang baik. Nama dia Razaq Lyndon Desker,
berketurunan Serani (Belanda) dan berusia 54 tahun. Mudah aje nak ingat
tarikh lahir dia sebab dia lahir pada 31 Ogos 1964. Tinggal di
Singapura dan bertugas sebagai 'supervisor' di sebuah hotel 5 bintang di
sana.
Usai perkenalan kami, dia kerap datang ke Kelantan untuk menziarahi saya dan rakan2nya yang lain di negeri ini. Biasanya dia datang dengan keretapi atau bas. Seingat saya kali pertama dia datang ke Tanah Merah, Kelantan pada tahun 2006 dan menginap di hotel bajet di sini. Kemudian dia datang beberapa kali lagi. Kalau tak silap saya selang 2 tahun. Cuma lawatannya yang terakhir sebelum ini pada 2012. Selepas itu dia kurang mengembara kerana mengalamai masalah tulang dan sendi hinggalah dia mengambil keputusan untuk ke sini lagi pada 5 Syawal (Selasa) lepas.
Dia menginap di Hotel Humaira iaitu satu hotel terbaharu dan tercantik di pekan Tanah Merah ini. Kebetulan stesen keretapi terletak di hadapan hotel tu je. Mudah je la dia nak berjalan kaki ke sana. Sepanjang dia berada di sini Abam Kie dan keluarga melayannya dengan cara terbaik. Abam Kie ajak dia makan tengahari di rumah setibanya dia di TM. Pada malamnya kami sekeluarga mengajaknya keluar makan. Cuma abam kie tak bawa dia berjalan2 ke luar daerah kerana jalan sesak kerana ramai orang pulang beraya di kampung.
Pada hari Jumaat, 8 Syawal, abam kie membuat mini rumah terbuka untuk keluarga sebelah isteri. Usai solat Jumaat, abam kie membawa Razaq ke rumah buat kali kedua untuk menikmati juadah tradisional Melayu. Berselera dia makan. Biarpun dia dari keturunan Serani, namun dia fasih berbahasa Melayu kerana ramai kawannya dari kaum Melayu. Tambahan pula dia sudah hampir dua dekad memeluk agama Islam yang suci ini.
Selepas solat Asar, abam kie dan kak ton pergi menghantar Razaq ke stesen keretapi Tanah Merah. Keretapi dijangka sampai pada jam 7.00 malam. Razaq akan turun di stesen Johor Bahru. Sesungguhnya lawatan sahabat baik yang jauh seperti Razaq ini akan mengukuhkan tali silaturrahim sesama Islam. Diharapkan Razaq dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan disihatkan tubuh badan bagi membolehkannya beribadat kepada Allah. Jika panjang umur, In Shaa Allah, kami akan berjumpa lagi pada tahun2 yg akan datang. Aamiin.
11 Comments
terbaek.. orang jauh tu. hehe
ReplyDeleteSeronok kan dpt jumpa kenalan2 terutama yg jauh2 tu.. Sekali sekala sambil berjalan kat sini
ReplyDeleteWaalaikumussalam..rabia ada saudara dari singapore.pernah datang kat rumah rabia.
ReplyDeletebestnya bila ada sahabat yg rapat sebegini..
ReplyDeleteAerill Hassan
ameen. bagus ada sahabat macam ni :)
ReplyDeletealhamdulillah, silaturrahim erat terjalin :D
ReplyDeleteada masa datang le ke tg malim.
ReplyDeleteErat silaturrahim, suka baca penulisan Abam Kie, santai dan baca sampai habis. Keep it up teacher!
ReplyDeletewahhhh best nyer dpt sahabat mcm ni abam kie nnt ckp kt dia sy nk g singapore n nk inap kt hotel di bekerja tu... so gn nama bam kie bleh dpt diskaun x? hahahahaha #gurau
ReplyDeletebertuahnya dapat kawan alam maya yang baik macam sedara mara dah..moga persahabatan kekal selamanya..
ReplyDeleteAlhamdulillah..ukhuwwah sesama muslim terjalin indah..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.